
SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
DALAM ISLAM
TAJUK: SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM
ISLAM
DGU
2B
NAMA AHLI:
1.
NURUL AMIRAH BINTI
ZAHRIN 02DGU18F1033
2.
SITI NURFARAHIN
BINTI JASNI 02DGU18F1045
3.
NUR AMIRAH AMNI
BINTI NOOR AZLI 02DGU18F1061
4.
SITI AZLINA BINTI
MOHD JAINUN 02DGU18F1085
5.
NUR SYUHADA BINTI
MOHD ARIFF 02DGU18F1089
6.
NUR IZZATUL
RUZAILINA BINTI ZAINAL
ABIDIN 02DGU18F1101
7.
NURIN AMALIN BINTI
MAHAZAN 02DGU18F1153
PENGENALAN
Dalam
dunia kini, arus pemodenan semakin berkembang dari semasa ke semasa. Disebabkan
perkembangan teknologi yang semakin canggih setiap hari, kita sepatutnya
berterima kasih kepada sains dan kejuruteraan kerana telah memudahkan kehidupan
kini.
Sains
dan teknologi kejuruteraan, hampir keseluruhan darinya terhasil dan
diinspirasikan dari Islam, juga merupakan cabang ilmu dalam Islam. Tradisi
Islam adalah untuk melahirkan para saintis berteknologi muslim yang beriman dan
berakhlak. Namun begitu, islam menolak kemajuan teknologi tanpa akhlak dan
sains yang menolak spiritual (batiniah, rohaniah dan perkara yang berkaitan
dengan agama). Walaubagaimanapun, Barat beranggapan bahawa sumber wahyu tak
diperlukan berasakan prinsip logos dan mitos.
Logos
ialah satu penemuan yang paling ampuh hasil daripada eksperimen. Dalam bahasa
Yunani, bererti buah fikiran yang diungkapkan dalam perkataan. Mitos pula iakah
cerita (kisah) tentang perkara-perkara luar biasa zaman dahulu yang dianggap
benar oleh sesetengah golongan masyarakat. Dalam kata lain, khayalan yang tak
wujud dan tak dapat dibuktikan secacra tepat dan konkrit.
DEFINISI
Sains
dan teknologi kejuruteraan tak dapat dipisahkan dengan bidang ilmu dalam islam.
Dalam sains, sains adalah satu usaha manusia untuk menghuraikan sesuatu dengan
tepat dan secara kuantitif mengenai alam tabii dan proses melalui pengamatan,
hipotesis dan eksperimen. Setiap proses mendapatkan maklumat sains, bermula
dengan pengalaman dan kemudian mendapatkan fakta dan peraturan daripadanya.
Antara konsep dalam sains ialah hokum, sebab dan akibat.
Walau bagaimanapun,
kita perlu tahu bahawa sains merupakan satu proses yang berterusan. Dalam hal
ini, sains dan islam sama-sama berpegang kepada prinsip bahawa ala mini
bersifat konseptual, iaitu sesuatu yang boleh difahami dan dimengerti.
SAINS
DARI ASPEK BAHASA DAN ISTILAH
Perkataan
‘sains’ berasal daripada bahasa inggeris iaitu science. Dalam bahasa Latin, ia dikenali sebagai scio, scire, atau Scientia yang bermaksud pengetahuan, mendapatkan ilmu atau
maklumat. Sains menurut English Oxford Dictionary ialah suatu cabang ilmu yang
mengkaji sekumpulan penyataan dengan fakta-fakta yang ditinjau dan disusun secara bersistem serta dihimpun dalam
bentuk-bentuk hukum-hukum umum. Dan seperti proses mendapatkan maklumat yang
lain, sains bermula dengan pengalaman, dan kemudiannya mendapatkan fakta dan
peraturan daripadanya.
Sains
dalam skop yang luas bermaksud ilmu-ilmu yang diperoleh secara sistematik
berdasarkan pengalaman deria yang dapat dibuktikan secara objektif. Selain itu,
sains juga dapat didefinisikan sebagai suatu ilmu yang dihasilkan melalui
proses cerapan (analisis dengan menggunakan pancaindera) serta fahaman yang
lahir daripadanya.
Sains
dari aspek istilah ialah satu ilmu yang dihasilkan secara cerapan dan fahaman
ataupun hurauan yang sistematik mengenai sesuatu kejadian tabii (natural,
mengikut sifat semula jadi), atau alam semulajadi yang berlaku melibatkan
penggunaan intelek di sepanjang kaedah yang dapat diukur (kuantitatif). Sains
juga adalah satu ilmu yang diperolehi secara metodologi saintifik (Harudin
Harun, 2007). Selain itu, sains ialah ilmu mengenai kajian yang rasional dan
empirical yang tak berkaitan dengan wahyu, instuisi, emosi dan perkara-perkara
agama.
Sains
terbahagi pada 3 bahagian, iaitu sains tulen (sains tabii), sains gunaan
(teknologi dan kejuruteraan) dan sains sosial (tabiat manusia). Sains tulen
adalah sains yang merangkumi pandangan hidup saintifik, usaha saintifik dan
inkuiri saintifik. Mempunyai asas logical dalam menghuraikan sesuatu. Sebagai
contoh, dalam mengesan masalah, merancang penyiasatan, menjawab dan
menyelesaikan masalah, menyebarkan keputusan pada umum.
Manakala
sains gunaan pula merupakan penggunaan satu atau lebih bidang ilmu sains semula
jadi untuk mengatasi masalah praktikal. Sains gunaan penting untuk perkembangan
teknologi. Penggunaannya dalam medan industry biasanya dipanggil penyelidikan
dan pembangunan (R&D). Kegunaan sains gunaan banyak terdapat dalam
kehidupan seharian. Antaranya di dalam industri, kejuruteraan, kesihatan dan
keselamatan, maklumat dan komunikasi, sukan dan rekreasi, pengakutan, kediaman
dan tentera.
Bagi
sains social pula ialah penggunaan kaedah sainitifik untuk mengkaji bidang
kemanusiaan di dunia ini. Juga dikenali sebagai kajian sosial yang berlaku
dalam dunia sosial dan fenomena yang melibatkan manusia. Menurut A New
Dictionary of Sociology (Mitchell, 1979), secara umumnya digunakan untuk
sebarang pengujian yang berkaitan dengan manusia dan masyarakat.
SAINS
DARI ASPEK KEILMUAN ISLAM
Sains
Islam berasaskan wahyu dan akal. Bidang ini menjadikan wahyu sebagai sumber
rujukan tertinggi kerana wahyu datang daripada Allah SWT tanpa batasan,
sedangkan akal ialah perkara yang terbatas.
Sains
dalam Islam ialah sains yang berkonsepkan tauhid yang mematuhi prinsip-prinsip
yang ditetapkan Allah SWT melalui rasul-Nya. Selain itu, sains merupakan satu
maklumat atau fakta yang diperoleh menerusi penyelidikan dan penemuan yang
menggunakan kaedah-kaedah tertentu dan tidak bercanggah dengan syarak untuk
mencari fakta atau bukti bagi menjelaskan sesuatu kebenaran.
Sains
Islam dikaitkan dengan cabang ilmu pengetahuan yang sistematik bertitik tolak
daripada sesuatu sebab dan akibat yang boleh diuji dan dikaji kebenarannya. Di
samping itu, sains Islam turut menggabungkan unsur-unsur metafizik (ketuhanan)
dan fizik, ilmu aqli dan naqli serta ilmu intelek dan ilmu wahyu. Sains Islam
juga berasaskan nilai, neutral dan objektif. Sains dalam Islam merangkumi tiga
kategori utama, seperti sains propaedeutic, sains Syariah dan sains falsafah.
Sains
propaedeutic ialah sains yang melibatkan kemahiran seperti membaca, menulis,
ilmu pengetahum, timbangan, pertanian, biografi dan sejarah. Sains Syariah pula
ialah satu bidang yang sama dengan ilmu agama pada hari ini. Bidang yang
termasuk dalam kategori ini ialah ilmu tajwid, hadis, Syariah, tafsir dan
lain-lain. Manakala, sains falsafah pula merangkumi empat bahagian iaitu
Matematik Propaedeutik, Logik, Sains Tabii dan Matematik Tabii.
TEKNOLOGI
DARI ASPEK BAHASA DAN ISTILAH
Teknologi
merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu maksud.
Maksud pertama ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses
untuk menyelesaikan masalah manusia.
Perkataan
‘teknologi’ berasal dari bahasa Greek, iaitu technologia dan bahasa Yunani iaitu techne dan logos yang
bermaksud seni, kemahiran atau rekaan tangan atau keterampilan. Maka, tekno
disesuaikan dengan maksud kemahiran Teknik atau hasil kerja. Logos pula bermaksud wacana atau
kata-kata sistematik. Istilah ini boleh digunapakai samada secara umum atau
dalam bidang tertentu seperti teknologi pembinaan, teknologi perubatan dan
teknologi maklumat.
Teknologi
juga merupakan satu sains gunaan berkaitan ilmu sains yang digunakan untuk
mencapai matlamat atau tujuan yang praktikal. Ia boleh merujuk pada beberapa
contoh keadaan, seperti penggunaan berbagai-bagai kaedah dan teknik pembuatan barang
atau perkhidmatan yang dihasilkan melalui rekaan sains untuk menyelesaikan
masalah.
Selain
itu, teknik-teknik yang meliputi kaedah, bahan-bahan, peralatan dan
proses-proses untuk menyelesaikan masalah. Dan akhir sekali ilaah keadaan dalam
penggunaan pelbagai sumber seperti pengetahuan, kemahiran, proses, teknik,
peralatan dan bahan untuk menyelesaikan masalah.
Secara
keseluruhannya, teknologi ialah aplikasi pengetahuan sains yang boleh memberi
manfaat dan penyelesaian terhadap sesuatu masalah yang dihadapi dalam kehidupan
seharian.
Dari
segi istilah, teknologi ialah ilmu pengetahuan dan tindakan yang bersistem yang
merujuk kepada industry. Oleh itu, teknologi boleh didefinisikan sebagai ilmu
berbentuk praktikal atau teknikal yang membolehkan manusia membuat sesuatu
perubahan yang bermanfaat ke atas alam semula jadi.
TEKNOLOGI
DARI ASPEK KEILMUAN ISLAM
Teknologi
dalam Islam ialah satu cabang ilmu praktikal untuk mencapai tujuan praktikal
sebenar, bertunjangkan tauhid kepada Allah SWT, seimbang antara satu sama lain,
terlaksana mengikut sistem etika Islam yang mengutamakan keadilan dan
dipertanggungjawabkan kepada manusia sebagai khalifah Allah SWT untuk
menggunakan alam semula jadi dengan baik (Wan Ramli Wan Daud, 1991).
Dalam
sejarah sains Islam, istilah yang bertepatan dengan teknologi ialah istilah
sina’ah, yang bermaksud ilmu gunaan. Ilmu gunaan merupakan pengetahuan yang
berhubung dengan teknik menggunakan pengetahuan sains. Teknologi dalam Islam
bertujuan memberi kemudahan dan kemakmuran kepada manusia. Tujuan tersebut
adalah berbentuk teknologi yang memberi manfaat tanpa ,mengandungi unsur-unsur
kerosakan serta tidak terkeluar daripada etika dan prinsip-prinsip dasar Islam.
Selain
itu, teknologi ini juga merupakan satu pengetahuan yang memberikan focus kepada
cara menggunakan ciptaan sains untuk membantu kehidupan manusia mengabdikan
diri kepada Allah SWT.
Teknologi
ini merujuk kepada dua kemahiran iaitu kemahiran dalam bidang pembuatan atau
pengeluaran, serta kemahiran dalam bidang arkitek dan kejuruteraan.
KEJURUTERAAN
DARI ASPEK BAHASA
Kejuruteraan
termasuk dalam bidang sains gunaan yang berkaitan dengan teori asas dengan
mereka bentuk sesuatu hasil keperluan dan kegunaan yang boleh memberi khidmat
kepada manusia. Kejuruteraan ialah salah satu aplikasi sains untuk memenuhi
keperluan dan kehendak manusia dengan menggabungkan pengetahuan, matematik dan
pengalaman untuk membentuk serta mereka cipta sesuatu objek atau proses.
Dalam
erti kata lain, kejuruteraan adalah satu disiplin, seni, kemahiran, kerjaya dan
teknologi yang menggunakan kaedah saintifik, ekonomi, matematik, sosial, dan
ilmu amali bagi mereka bentuk serta membina struktur, mesin, peralatan, sistem,
bahan dan prosesnya. Kejuruteraan secara umumnya ialah penggunaan pengetahuan
sains dan matematik untuk menyelesaikan masalah-masalah praktikal. Pengetahuan
itu digabungkan dengan pengalaman yang dipraktikkan sebaik-baiknya menggunakan
bahan dan sumber semula jadi.
Kejuruteraan
ialah satu bidang yang memerlukan kepakaran yang dipersembahkan melalui amalan
sains gunaan, matematik, fizik, dan sains sosial. Kesimpulannya, kejuruteraan
boleh dilihat dalam beberapa aspek, iaitu kejuruteraan awam, kejuruteraan mekanikal,
kejuruteraan aeroangkasa, kejuruteraan aeronatik, kejuruteraan eletronik,
kejuruteraan bahan, kejuruteraan robotik dan kejuruteraan elektrik. Pengamal
kejuruteraan professional dipanggil jurutera. Kejuruteraan juga membawa maksud
proses mereka bentuk teknologi dengan kaedah yang paling efisyen.
KEJURUTERAAN
DARI ASPEK KEILMUAN ISLAM
Kejuruteraan
ialah satu disiplin yang berkaitan dengan kepandaian dalam penggunaan teknologi
secara efisyen bagi tujuan kebaikan kepada manusia. Kejuruteraan dalam Islam
digunakan untuk membantu manusia memenuhi tugas sebagai khalifah secara lebih
berkesan.
Kajian-kajian
telah menunjukkan sumbangan para sarjana dan jurutera Islam tersebar ke Benua
Eropah, khususnya Andalus (Sepanyol) dan Itali. Dalam bidang kejuruteraan awam,
penciptaan kubah dan menara masjid membuktikan kefahaman dan kemahiran
kejuruteraan awam hidrologi diperkenalkan dan beberapa buah terusan telah
dibina. Terusan yang utama ialah terusan yang menghubungkan Sungai Nil dengan
Laut Merah.
Rekaan-rekaan
menarik juga dapat dihasilkan dengan segala kemahiran dan kefahaman ilmu para
sarjana Islam dalam segala bidang kejuruteraan pada zaman itu apabila
menggabungkannya dengan rekaan seni-seni halus. Pada abad ke-8M,
jurutera-jurutera Islam telah mempelajari teknologi membuat kertas dan
mendirikan beberapa buah kilang kertas di Samarqand dan Baghdad. Pada awal abad
ke-9M, Khalifah Harun al-Rashid telah menghadiahkan sebuah jam air yang sunggu
menarik kepada Raja Charlemagne.
Perkembangan
semasa di Malaysia turut mendorong permintaan yang tinggi terhadap profesion
kejuruteraan. Isu ini dapat dilihat hamper setiap hari jawatan kosong sebagai
jurutera diiklankan di dalam akhbar-akhbar tempatan dan media elektronik.
Walaupun skop kerjaya ini agak mencabar, namun mampu memberikan kepuasan kepada
para jurutera. Tambahan pula, gaji dan imbuhan yang diberikan agak lumayan
sekali gus mampu menarik minat golongan muda untuk menceburi bidang
kejuruteraan ini.
CIRI-CIRI
SAINS ISLAM
Sains
Islam ialah sains yang lahir dan berkembang hasil dari dukungan dan sumbangan
ahli-ahli sains Islam. Merupakan satu entiti yang tidak boleh dipisahkan kerana
setiap cabang ilmunya saling melengkapi dan merujuk kalimah tauhid. Sains Islam
telah mencapai kegemilangan dalam pelbagai bidang ilmu seperti ilmu astronomi
dan ilmu senibina pada zaman perkembangan Islam bermula pada abad ke-7M
sehingga abad ke-16M. Sains Islam bergerak di atas paksi akidah membawa satu
mesej agung, iaitu mentauhid dan mengagungkan Pencipta alam semesta. Keadaan ini
dapat dilihat pada ciri-cirinya yang unik dan bersifat teologisme.
Terdapat
lima ciri-ciri sains Islam, iaitu keagamaan, saintifik, universal, bersepadu
dan harmoni.
i)
KEAGAMAAN
Ciri
keagamaan menuntut bidang sains islam menerima wahyu sebagai sumber utama
penyuburan dan pengembangan ilmu setiap kajian ke atas sains dilakukan
berpaksikan wahyu dan akal manusia. Kaedah, teknik serta proses penyelidikan
yang melibatkan sains tabii adalah berteraskan petunjuk-petunjuk al-Quran dan
hadis.
Nilai-nilai
baik atau buruk, pahala atau dosa merupakan asas sains yang berfungsi dalam
kehidupan manusia, hukum sebab musabab dan penyelidikan sebagai satu ibadat
merupakan destini akhir kajian sains untuk mencari bukti kebesaran Allah S.W.T.
Sains
dalam islam terikat dengan batasan hukum dan etika islam. Saintis dan teknorat
yang berjaya ialah mereka yang mematuhi segala arahan, dan meninggalkan segala
larangan serta menyeru kepada kebaikan. Walaupun mereka ialah golongan tenokrat
yang mampu mengkaji alam dengan keupayaan yang mereka miliki, namun mereka
masih lagi berpegang dan terikat dengan batas-batas hukum dan etika yang telah
digariskan dalam Islam.
ii)
SAINTIFIK
Sains
dalam islam menggunakan kaedah emprikal yang diperkenalkan oleh saintis islam
sejak abad ke 7 masihi.dengan adanya formula dan alatan alatan yang berbentuk
klinikal dan telah diuji di dalam makmal, maka kaedah kaedah sistematik dapat
diwujudkan,pendekatan yang saintifik berasaskan roh keilmuan islam telah
melahirkan para saintis(berstatus maha guru) dalam bidang bidang yang pelbagai.
iii)
UNIVERSAL
Sains
islam adalah bersifat universal atau sejagat kerana bukan sahaja dihasilkan
oleh muslim semata mata,malah bukan muslim.tiada Batasan demografi dan geografi
dalam bidang kajian sains.Sesiapa sahaja
yang mampu menghasilkan sesuatu kebaikan dan mendatangkan kemanfaat kepada
alam,maka dialah yang layak digelar saintis islam.bidang kajian sains juga
tidak mengenal Batasan tajuk dan arena.apa apa jua perkara yang menyumbang
kepada kebaikan dan menolak kemudaratan,maka
itulah hakikat sains islam.
iv)
BERSEPADU
Ciri-ciri
bersepadu ialah tiada istilah pemisahan antara ilmu sains atau bukan sains.
Mempelajari dan menggunakannya adalah dituntut berdasarkan ilmu fardhu ain dan
fardhu kifayah.
Setiap
kajian atau operasi dalam Sains Islam mengambil kira sifatnya yang menyeluruh
dan saling berkait. Kajian fizikal adalah berhubung terus dengan kajian
metafizikal. Elemen ketuhanan tidak boleh dipisahkan dengan elemen-elemen yang
nyata dan sahih. Kesemua aktiviti sains tertakluk kepada sudut pandangan yang
bersepadu dan saling berhubungan.
v)
HARMONI
Harmoni
bermaksud tiada percanggahan antara sains dan agama. Dua perkara ini saling
bersatu dan menghormati satu sama lain. Agama digunakan untuk menyelaraskan
segala aktiviti kajian, penyelidikan, dan tadbir urus hidup manusia. Manakala
sains pula berfungsi sebagai mekanisme untuk mengeksplorasi dan membongkar
rahsia alam fizikal dan metafizikal. Perkaitan kedua-duanya yang berlawanan,
namun tetap harmoni.
Sesuatu
itu tidak dinamakan Sains Islam apabila kepentingan dunia dipinggirkan
semata-mata ingin mencapai kebahagiaan di akhirat. Dalam hal ini, untuk mencari
kebahagiaan dan kepentingan dunia, kita tidak seharusnya meninggalkan dan
meminggirkan urusan dan kepentingan akhirat, begitu juga sebaliknya.
Keharmonian antara dua entiti, iaitu duniawi dan ukhrawi perlulah dipupuk
dengan seimbang demi mencari redha Allah serta semua kajian yang dijalankan
adalah untuk menuju kepada matlamat yang sama, iaitu pengabdian diri kepada Allah
SWT.
PERANAN
SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
i)
MEMBANTU MANUSIA
MENGENALI ALLAH SWT SEBAGAI PENCIPTA ALAM
Ayat
al-Quran banyak menyebut dan mengalakkan kita manusia untuk berfiki, menyelidik
dan mengkaji. Penyelidikan Islam adalah berasaskan kepada wahyu Allah dan
membawa setiap kajian ke arah satu kepuasan yang ditentukan iaitu dengan
menunjukkan tanda-tanda kekuasaan Allah yang menjadikan segalanya
Kewujudan
alam ini adalah sebagai tanda kewujudan dan kebesaran pencipta. Firman Allah
SWT dalam Surah Ali ‘Imran yang bermaksud “Sesungguhnya
dalam penciptaan langit dan bumi ,dan silih bergantinya malam dan siang
terdapat tanda-tanda (kekuasaan,kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah)bagi
orang -orang yang berakal.”(Surah Ali ‘Imran:190)
Islam
menetapkan sebarang perkara yang melibatkan kajian sains hendaklah berada dalam
kerangka dan panduan syariat bagi tujuan kebaikan manusia dan keredhaan Illahi.
Dapatan
sains Islam menjadikan saintis lebih dekat kepada Allah SWT, sebaliknya dapatan
sains Barat lebih menjadikan manusia bongkak dan jauh daripada Allah SWT.
Teknologi
dan kejuruteraan Islam lebih mendidik hati dan fikiran manusia tentang
keagungan Allah SWT melalui kecanggihan ciptaan manusia, sementara teknologi
dan kejuruteraan Barat sekadar untuk menunujukkan kehebatan daya fikir manusia
untuk kepentingan diri.
Teknologi
digunakan untuk memudahkan kerja-kerja manusia, namun ia mesti membawa manfaat
sebenar dan tidak membawa kerosakan dan kemusnahan kepada manusia dan alam
sejagat. Dengan mengkaji alam tabii’ seperti sifat,peraturan dan hukum alam
akan mendapat gambaran bahawa ada pencipta dan pengatur kepada segala
sifat,peraturan dan hukum yang ada di alam ini
Teknologi adalah cabang ilmu praktik(sina’ah)iaitu ilmu
untuk mencapai tujuan praktik yang bertunjangkan tauhid,berimbang dan
berseimbang dengan alam tabii’,terkekang dalam lingkungan had
Syariah,terlaksana mengikut system etika Islam yang mengutamakan keadilan dan
dipertanggungjawabkan kepada manusia sebagai khalifah dan hamba Allah di dunia
.Ilmu sains melahirkan teknologi.Teknologi (mengikut Merriam-Webster Dictionary
,The American Herritage Dictionary of the English Language:Fourth Edition dan
WordNet Dictionary ),boleh didefinisikan sebagai, “Pengaplikasian atau pengunaan ilmu terutamanya ilmu sains secara
praktikal dan digunakan terutamanya dalam bidang perdagangan dan industri untuk
kemanfaatan manusia.”Justeru,ilmu sains merupakan alat penting untuk
membina teknologi namun ilmu sains bukanlah teknologi .Sebagai contoh,sains
membicarakan tentang teori atom dan datripada itu lahirlah teknologi yang
menghasilkan kuasa atom.”
ii)
MEMBANTU MANUSIA
SUPAYA BERTAFAKUR
Penyelidikan
sains teknologi dalam Islam akan membawa seseorang kepada sifat-sifat tafakkur
dan memberi kesedaran kepada manusia melalui penggunaan akal.
Penyelidikan
sains melalui wahyu-wahyu membawa kepada penerimaan kebesaran Allah SWT seperti
yang dijelaskan dalam Al-Quran surah Al- Baqarah iaitu:
“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan
bumi ,silih bergantinya malam dan siang,bahtera yang belayar di laut membawa
apa yang berguna bagi manusia,dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa
air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati(kering)-nya dan Dia
sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan,dan pengisaran angina dan awan yang
dikendalikan antara langit dan bumi ;sungguh terdapat tanda-tanda (keesaan dan
kebesaran Allah)bagi kaum yang memikirkan” (Surah
Al-Baqarah:164)
iii)
MEMBANTU PELAKSANAAN
SYARIAT
Kajian
sains dan teknologi dalam Islam adalah didorong oleh kepentingan oleh
kepentingan dalam pelaksanaan syariat Islam.Pelaksanaan syariat akan berjalan
lancar jika sekiranya masyarakat Islam membangunkan peraturan perhubungan
antara mereka. Kepentingan untuk mengatur beberapa hubungan ini boleh dilihat
kepada hubungan manusia dengan Allah SWT, hubungan manusia sesama manusia serta
hubungan manusia dengan alam.
iv)
MENENTUKAN DAN
MEMBUAT RAMALAN TENTANG SESUATU PERKARA
Melalui
hasil kajian sains, manusia dapat menentukan tarikh dengan melakukan cerapan. Contohnya
tarikh awal puasa, tarikh perayaan dan lain-lain. Manusia juga dapat
menggunakan akal dan pengetahuannya untuk meramal perubahan cuaca.
v)
MEMBUGAR BUDAYA
BERKARYA DAN BERINOVASI
Dengan
mengkaji alam dan sains teknologi, secara tidak langsung, manusia dapat
menghasilkan suatu karya dan mencipta sesuatu melalui kajiannya.
vi)
DAPAT MEMBANTU
MANUSIA DALAM MEMENUHI KEPERLUAN MATERIAL DAN KEHIDUPAN SEHARIAN YANG DIPERLUKAN
Penciptaan
sains dan teknologi secara tidak langsung memenuhi keperluan asasi manusia
seperti makanan, tempat tinggal, pakaian, pendidikan, perubatan, pengangkutan
dan lain-lain. Selain itu, kehidupan manusia menjadi lebih selesa serta dapat
memenuhi keperluan dharuriyat dan hajiyat manusia itu
IMPAK/KESAN
SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
Sains
teknologi dan kejuruteraan yang telah dilaksanakan sejak zaman Nabi telah
mendatangkan banyak kemudahan hingga ke masa kini. Sehingga kini, pada zaman
yang semakin canggih, kajian terhadap sains dan teknologi semakin berkembang
hebat. Seperti biasa, setiap yang terjadi dan berlaku akan memberikan kesan
ataupun impak dalam kehidupan seharian. Kemajuan
teknologi kini sebahagian daripada matlamat kepentingan hidup seseorang manusia
yang dapat memperkukuhkan keimanannya terhadap Allah S.W.T.
Allah S.W.T berfirman:
“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama tuhanmu
yang menciptakan (sekalian makhluk). Dia menciptakan manusia daripada sebuku
darah beku. Bacalah dan Tuhanmu yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia
melalui pena dan tulisan, dia mengajar apa yang tidak diketahuiNya.”
IMPAK PENGABAIAN SAINS DAN KEJURUTERAAN
KE ATAS UMAT ISLAM
i)
BIDANG SOSIAL
Impak pengabaian sains dan kejuruteraan
ke atas umat islam dalam bidang sosial pada masa kini adalah maruah umat islam
akan dipandang hina dimata agama lain. Umat islam juga akan terpengaruh dengan
ciptaan barat dimana melalaikan dan merosakkan akidah kerana telah mengabaikan
ilmu sains dalam kejuruteraan. Ini akan mengakibatkan umat islam akan
ketinggalan jauh berbanding umat dan bangsa lain yang lebih maju.
ii)
BIDANG EKONOMI
Impak pengabaian sains dan kejuruteraan
ke atas umat Islam dalam bidang ekonomi pula ialah mengamalkan sistem ekonomi
yang mengutamakan keuntungan pihak yang mempunyai kuasa. Kebanyakan penguasaan
ekonomi akan diterajui oleh pihak Barat. Dan ia akan bergantung kepada
kepakaran, sumber, bekalan, peralatan dan pengurusan barat kerana lebih
menonjol dan menguasai ekonomi dunia.
iii)
BIDANG POLITIK
Impak pengabaian sains dan kejuruteraan
ke atas umat Islam dalam bidang politik pada masa ini pula Sistem pemerintahan
yang lebih menjurus kepada pihak Barat. Umat islam akan lebih mudah menjadi
pengikut dan takut kepada pemerintahan barat kerana tidak mempunyai kuasa atau
ilmuan dalam bidang teknologi. Golongan umat islam juga tidak mampu mempertahankan
diri dari serangan Barat serta mengharapkan bantuan Barat. Ini akan menunjukkan
umat islam begitu lemah terhadap golongan Barat.
iv)
BIDANG PENDIDIKAN
Impak pengabaian sains dan kejuruteraan ke atas umat islam
dalam bidang pendidikan pula adalah proses pendidikan yang mengasingkan ilmu
intelektual dan ilmu wahyu. Ini akan mengakibatkan para pelajar dan murid tidak
tahu tujuan untuk belajar. Mereka akan menjadi lebih pengikut dari menjadi
peneraju kerana rujukan yang dirujuk dihasilkan oleh orang bukan islam.
v)
BIDANG SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
Impak pengabaian sains dan kejuruteraan ke atas umat islam
dalam bidang teknologi pula terikat dengan Negara asing yang mengeluarkan
teknologi yang canggih. Perkara ini akan lebih memberikan keuntungan yang besar
kepada dunia teknologi Barat. Manakala, umat islam akan berasa tidak mampu dan
tidak perlu untuk menciptakan teknologi baru kerana merasakan teknologi sedia
ada mencukupi. Apabila umat islam membuat perkara sebegitu ini akan
mengakibatkan umat islam akan ketinggalan jauh ke belakang dari pihak barat.
KEBAIKAN DAN KEBURUKAN SAINS TEKNOLOGI
DAN KEJURUTERAAN TERHADAP UMAT ISLAM
BIDANG
PERTAHANAN
KEBAIKAN
|
KEBURUKAN
|
Ø Dapat menangani masalah jenayah di dalam Negara.
|
Ø Menyebabkan berlaku rusuhan.
|
Ø Mampu melindungi Negara dari serangan musuh- musuh.
|
Ø Membawa kemusnahan dunia termasuklah alam dan nyawa yang
terkorban.
|
BIDANG
TEKNOLOGI MAKLUMAT
KEBAIKAN
|
KEBURUKAN
|
Ø
Membolehkan masyarakat mendapatkan
maklumat dengan mudah.
|
Ø Generasi muda terpengaruh dengan kelebihan teknologi.
|
Ø Maklumat dapat dicapai dengan pantas dan dapat berhubung
antara satu sama lain tanpa sempadan.
|
Ø Teknologi mengabaikan nilai-nilai murni.
|
BIDANG
BIO-TEKNOLOGI
KEBAIKAN
|
KEBURUKAN
|
Ø Membantu dalam penghasilan baka, benih dan racun dalam sektor
pertanian.
|
Ø Sumber genetik yang digunakan untuk mengubah suai makanan
mengandungi bahan yang dilarang dalam syarak.
|
Ø Teknik dan teknologi pertanian mengalami tranformasi.
|
Ø GMF(Genetically
Modified Food) memberi kesan terhadap kesihatan manusia kerana
mengandungi bendasing yang tidak diketahui kesan buruknya.
|
BIDANG
PENGKLONAN
KEBAIKAN
|
KEBURUKAN
|
Ø Memberi pengetahuan baharu kepada manusia.
|
Ø
Meyimpang dari landasan agama yang
sebenar kerana menyalahi dan melanggar
ciptaan Allah S.W.T.
|
BIDANG
PERUBATAN (Stem Cell)
KEBAIKAN
|
KEBURUKAN
|
Ø
Penemuan penawar penyakit tertentu.
Ø
Dapat menyelamatkan ramai manusia.
|
Ø
Penggunaan embryonic stem cell bakal disalahgunakan untuk kegunaan
pengklonan manusia.
|
BIDANG
TEKNOLOGI LASER
KEBAIKAN
|
KEBURUKAN
|
Ø Menggantikan peranan kabel dengan fiber optik untuk bidang
komunikasi dan perindustrian.
|
Ø Penyelewengan penggunaan akan berlaku.
|
Ø Maklumat yang dihantar adalah lebih cepat dan tepat serta
meminimumkan kehilangan data.
|
Ø Mudah diubah suai oleh golongan yang mahir dan pakar.
|
PENCAPAIAN TAMADUN ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN
KEJURUTERAAN
Ketamadunan sains teknologi dan kejuruteraan dalam
Islam bukanlah perkara asing dalam pencapaian kemajuan dunia. Sarjana Islam
telah mempelopori kebanyakan bidang sains gunaan ini dalam menghasilkan
pelbagai dapatan, penerokaan, inovasi dan hasil metod yang terkini.
KEPERLUAN UNTUK MENGKAJI SEJARAH
DAN KAITAN DENGAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJUTERAAN
Al-Quran telah menjelaskan
dan menunjukkan betapa pentingnya sejarah dan hubungannya dengan kewujudan
sesebuah tamadun manusia melalui peristiwa-peristiwa serta contoh-contoh umat
terdahulu. Kisah yang dipaparkan diceritakan dalam Al-Quran sebenarnya
merupakan satu peristiwa yang benar-benar berlaku dan perlu dijadikan
pengajaran kepada kita pada hari ini.
Allah SWT telah berfirman
di dalam Al-Quran berkaitan dengan peristiwa sejarah yang dianggarkan sebanyak
1000 ayat. Di dalamnya terdapat kisah-kisah nabi dan rasul, contohnya tentang
kehebatan kerajaan Thamud, Kaum ‘Ad, Kaum Madyan dan keingkaran raja Firaun.
Tujuan dan matlamat utama
kisah-kisah dan peristiwa tersebut dinyatakan di dalam al-Quran seperti yang
berikut.
i)
MENJADI CONTOH DAN TELADAN
Kisah para nabi dalam
al-Quran bukan sekadar paparan, sebaliknya mengajak manusia berfikir tentang
pengalaman lalu sebagai teladan kepada generasi seterusnya, Firman Allah SWT
dalam surah Yusuf.
“Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka terdapat pengajaran bagi orang
yang berakal. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) bukanlah
cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi mengesahkan apa yang tersebut di dalam
Kitab-kitab agama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang
menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah, petunjuk dan rahmat bagi
kaum yang (mahu) beriman.”
Surah Yusuf 12:111
ii)
MENGESAHKAN KEBENARAN AL-QURAN
Umat manusia kini sering memerlukan bukti terhadap kebenaran sesuatu
perkara. Maka, segala kisah yang diceritakan di dalam Al-Quran bertujuan
mengesahkan bahawa Al-Quran ialah kitab yang diwahyukan oleh Allah SWT kepada
Nabi Muhammad SAW sebagai panduan hidup manusia. Di dalam Al-Quran tiada satu
perkataan yang makna dan implikasi untuk menjadi panduan umat Islam. Susun atur
ayat di dalam Al-Quran sudah cukup membuktikan bahawa gaya bahasanya bukanlah
ciptaan manusia.
iii)
SATU KAEDAH UNTUK MANUSIA BERFIKIR
Kisah dan peristiwa yang
berlaku dan diceritakan dalam Al-Quran adalah untuk mendidik manusia. Bermula
dengan daya fikir dan disusuli dengan kefahaman, maka manusia akan menganalisis
setiap episod dalam sejarah sebagai bahan berfikir yang berstatus tindakan
berimpak dan membina motivasi manusia.
iv)
UNTUK MEMBENARKAN JANJI BAIK DAN BURUK DARIPADA ALLAH SWT
Segala peristiwa yang
dijelaskan dalam Al-Quran adalah untuk membuktikan bahawa segala perkara yang
dijanjikan Allah SWT ialah suatu yang benar. Tiada satu pun dalam kisah lampau
yang tiada elemen-elemen asuhan dan didikan kepada umat. Jatuh bangun serta
berjaya atau gagalnya sesuatu perkara merupakan sebuah janji yang ditepati
Allah SWT. Amalan buruk dibalas dengan azab, manakala amalan baik dijanjikan
dengan ganjaran pahala dan balasan yang baik.
SEJARAH SAINS DAN TEKNOLOGI
ZAMAN NABI
Al-Quran banyak
menceritakan kisah dan peristiwa-peristiwa yang berlaku pada zaman nabi dan
umat terdahulu. Allah SWT menceritakan peristiwa-peristiwa tersebut adalah
sebagai pedoman dan panduan kepada manusia pada hari ini. Berikut adalah antara
kisah yang terdapat dalam Al-Quran berkenaan dengan sejarah umat terdahulu.
i)
KISAH NABI ADAM A.S.
Nabi Adam a.s merupakan
nabi dan manusia pertama bergelar khalifah Allah SWT. Baginda diciptakan
setelah Allah menjadikan dunia. Pada ketika itu, Nabi Adam tidak mempunyai
apa-apa pengetahuan sehinggalah Allah mengajarkannya ilmu-ilmu melalui
perantaraan malaikat Jibril a.s.. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah.
“Dan Dia telah mengajarkan Nabi Adam akan segala nama benda-benda dan
gunanya, kemudian dipaparkan kepada malaikat lalu berfirman: Terangkanlah
kepada-Ku nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar.”
Surah al-Baqarah 2:31
ii)
KISAH NABI IDRIS A.S.
Terdapat dua ayat sahaja di
dalam Al-Quran yang menceritakan kisah Nabi Idris, iaitu dalam surah Maryam :
“Dan ceritakanlah (hai Muhammad pada mereka kisah) Idris (yang tersebut)
dalam al-Quran. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang
nabi. Dan Kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi.”
Surah Maryam 19:56-57
Nabi Idris ialah keturunan
ke-6 Nabi Adam dan orang yang pertama menulis menggunakan pena dan mengenakan
baju yang berjahit. Bahkan, Nabi Idris jugalah yang menjadi orang pertama
menggunakan kulit sebagai pakaian (Ab. Aziz Ismail, 2008)
iii)
KISAH NABI NUH A.S.
Nabi Nuh a.s. ialah nabi
keempat selepas Nabi Adam, Syith dan Nabi Idris a.s.. Baginda menyampaikan
dakwah selama 950 tahun tetapi ditolak oleh kaumnya. Akibat keingkaran kaumnya,
Allah SWT telah memerintahkan Nabi Nuh a.s. untuk membina kapal bagi
menyelamatkan diri apabila muism banjir melanda kelak. Baginda juga pakar dalam
bidang sains, matematik dan teknologi logam.
iv)
KISAH NABI IBRAHIM A.S.
Baginda ialah putera kepada
Azar seorang menteri kepada Raja Namrud dan seorang ahli bintang. Nabi Ibrahim
a.s. juga pakar mengenai perjalanan cakerawala di langit. Firman Allah SWT
dalam surah al An’am:
“Dan sedemikianlah Kami perlihatkan kepada Ibrahim tanda-tanda keagungan
Kami yang terdapat di langit dan di bumi, supaya menjadilah ia daripada
orang-orang yang penuh yakin.”
Surah al-An’am 6:75
v)
KISAH NABI DAUD A.S.
Daud bin Yisya ialah
keturunan ke-13 daripada Nabi Ibrahim a.s. yang tinggal di Baitul al-Laham.
Allah SWT mengurniakan ketelitian, kebijaksanaan ilmu pengetahuan serta
kesempurnaan ilmu kepada Nabi Daud a.s.
Antara kepakaran Nabi Daud
a.s. ialah teknologi dalam pembuatan baju besi. Allah mengajar baginda
cara-cara membuat baju besi untuk kegunaan peperangan. Firman Allah SWT dalam
surah al-Anbiya’:
“Dan telah Kami ajarkan kepada Daud membuat baju besi untuk kamu, untuk
memelihara kamu dalam peperanganmu; maka hendaklah kamu bersyukur (kepada
Allah)”
Surah al-Anbiya’ 21:80
vi)
KISAH NABI SULAIMAN A.S.
Allah SWT mengurniakan
kelebihan kepada Nabi Sulaiman a.s., iaitu dapat memahami semua Bahasa
termasuklah bahasa haiwan. Beliau juga merupakan seorang nabi yang mempunyai
sebuah kerajaan yang luas pemerintahannya meliputi makhluk jin. Allah SWT
memudahkan golongan itu bekerja dengan bahinda. Allah SWT berfirman dalam surah
Saba’:
“Dan Kami kurniakan kepada Nabi Sulaiman kuasa menggunakan angin untuk
perjalannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan; dan Kami alirkan baginya
mata air dari tembaga; dan Kami mudahkan sebahagian dari jin untuk bekerja di
hadapannya dengan izin Tuhannya dan sesiapa dari jin itu yang menyeleweng
daripada perintah Kami, Kami akan merasakannya (pukulan) dari azab neraka.”
Surah Saba’ 34:12
TEKNOLOGI KAUM TERDAHULU DAN
PENGAJARAN DARIPADA PERISTIWA YANG BERLAKU
Pencapaian tamadun dalam bidang teknologi pada zaman lampau adalah hasil
usaha kesarjanaan masyarakat pada ketika itu . Peristiwa yang mereka lakarkan mmerupakan bahan pengajaran untuk
bahan pengajaran untuk umat sejagat yang menjadi guru paling berkesan
dalam mendepani cabaran yang mmendatang.
Kaum terdahulu terdiri daripada
tiga kaum iaitu Kaum Ad’, Kaum Thamud
dan Teknologi Firaun.
i)
KAUM ‘AD
Kaum Ad merupakan kaum Nabi
Hud. Dari segi pencapaian teknologi, kaum ini pakar dalam membina bangunan yang
tinggi-tinggi tiangnya. Pencapaian yang kedua ialah merupakan kaum yang sangat
kuat dan kukuh dari segi sistem pemerintahan. Kaum ini diturunkan balasan
kealpaan (balasan yang setimpal), iaitu Allah SWT telah membinasakan mereka
kerana ingkar kepada perintah-Nya. Selain itu, Allah membinasakan mereka dan
bangunan–bangunan yang tinggi dengan ribut yang kencang.
ii)
KAUM THAMUD
Kaum Thamud pula ialah kaum
Nabi Soleh. Pencapaian teknologi yang ada pada kaum tersebut ialah kepakaran
dalam memahat batu-batu besar yang
dapat dilihat di lembah
(Wadil-Qura, iaitu tempat tinggalnya).Kaum ini juga mendapat balasan kealpaan,
dimana kaum itu telah dibinasakan oleh Allah SWT dengan letusan suara yang
sangat menggemparkan pada waktu pagi. Selain itu, mereka juga telah dibinasakan
dengan petir yang sangat dahsyat.
iii)
TEKNOLOGI FIRAUN
Akhir sekali , kaum
terdahulu yang dikenali sebagai Teknologi Firaun . Ianya mempunyai kepakaran
yang tersendiri iaitu kepakaran dalam menguasai bangunan- bangunan yang dibina
dengan kukuh . Balasan kealpaan yang diturunkan oleh kaum tersebut ialah negeri
mereka dibinasakan oleh Allah SWT. Kaum tersebut juga ditenggelamkan oleh Allah
akibat kesombongan dan keingkaran mereka .
SEJARAH SAINS DAN TEKNOLOGI PADA ZAMAN RASULULLAH
SAW DAN ZAMAN KERAJAAN ISLAM
Tiada keraguan yang dapat menafikan bahawa zaman Rasulullah SAW dan era
para sahabat merupakan asas kepada perkembangan sains teknologi dan
kejuruteraan. Islam bukanlah agama ritual dan eksklusif semata-mata. Sebaliknya
islam ialah sistem hidup yang dinamik, fleksibel, dan berpijak di bumi yang
nyata bukanlah dibumi khayalan.
Terdapat 5 kronologi dan pencapaian dalam sejarah sains dan teknologi
ini
i)
ZAMAN RASULULLAH SAW
Antara 5 kronologi itu
ialah Zaman Rasulullah SAW. Pencapaian pada zaman Rasulullah meletakkan asas
sains dan teknologi berdasarkan syariat yang ditetapkan dalam islam. Sainsnya
juga berdasarkan ayat-ayat Al-Quran dan hadis. Rasulullah SAW mengamalkan
konsep mengubati pesakit dengan membaca ayat-ayat Al-Quran. Zaman ini juga
mereka harus menuntut dan mengkaji tentang manusia, tumbuh-tumbuhan, dan
lain-lain. Madinah dan Mekah merupakan tapak Sains Islam.
ii)
ZAMAN KHULAFA’ AL-RASYIDIN
Zaman kronologi yang kedua
ialah Zaman Khulafa’ al-Rasyidin. Antara pencapaian yang dapat dicapai pada
zaman ini ialah perluasan wilayah sehingga ke Romawi dan Parsi. Di zaman ini,
muncul persenjataan dan peralatan perang yang lebih efektif. Pada zaman ini
juga ada pertembungan yang berlaku tentang sains islam dengan 3 wilayah yang
terlibat iaitu Yunani, Parsi dan Romawi.
iii)
ZAMAN KERAJAAN UMAYYAH
Zaman kronologi yang ketiga
iaitu Zaman Kerajaan Umayyah. Antara pencapaiannya ialah perkembangan ilmu
sains sudah mula tersebar dengan meluas . Pada zaman ini terciptanya beberapa
teknologi yang baru seperti perkapalan, alat peperangan, dan pertanian. Selain
itu, zaman kronologi yang keempat iaitu dikenali zaman Kerajaan Abbasiyyah.
Terdapat beberapa pencapaian iaitu munculnya Pusat Sains Islam di Baghdad.
Seterusnya, munculnya Baitul Hikmah (Gedung Kebijaksanaan ) ataupun dikenali
sebagai pusat pembelajaran dalam kegiatan sains dan teknologi. Dengan adanya
Baitul Hikmah, tidak mustahil pada zaman ini melahirkan cendekiawan muslim yang
ramai. Wujud juga balai cerap dan hospital.
iv)
ZAMAN KERAJAAN ISLAM DI ANDALUS
Zaman Kronologi yang
terakhir ialah Zaman Kerajaan Islam di Andalus. Antara pencapaian yang dibuat
atau dilaksanakan ialah pusat-pusat Sains dan intelektual muncul di kota
seperti Cordova, Granada, dan Seville
manakala Sains teknologi dan kejuruteraan bertambah dan berimpak tinggi.
SUMBANGAN SARJANA ISLAM
DALAM PENCAPAIAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
i)
AL-RAZI (865-925M)
Tokoh pertama iaitu
Al-Razi. Nama sebenarnya ialah Muhammad bin Zakaria. Al-Razi dalam Barat
disebut Rhazes. Lahir di Ray berhampirandengan Taheran, Parsi. Beliau merupakan
tokoh perubatan Islam. Antara karyanya ialah Kitab al-Hawi, dan yang paling
terkenal adalah Kitab Tib al-Mansur dan Kitab al-Tib al-Ruhani. Sumbangannya adalah mengenal pasti
perbezaan penyakit cacar dan campak.
ii)
AL-KHAWARIZMI (780-850M)
Tokoh Kedua iaitu
Al-Khawarizmi. Nama sebenarnya Muhammad ibn
Musa al-Khawarizmi . Beliau
dianggap sebagai bapa al- Jabar. Beliau juga merupakan tokoh matematik dan
tokoh algebra. Karyanya diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada 1120M dengan
judul De Numero Idorom. Antara karya yang terkenal adalah al- Jami’ Wa, al -Jabar dan Kitab al-Mukhtasar fi Hisab al-Jabr wa
al-Muqabalah. Antara sumbangannya dalam bidang geometri ialah
memperkenalkan konsep segitiga sama, mengira luas segitiga, segi empat dan
bulatan serta memperkenalkan algebra.
Turut berperanan dalam bidang
mekanikal tentang bagaimana menentukan
ketumpatan spesifik dan berat kegravitian (tarikan bumi dan keapungan). Beliau
merupakan penyumbang kepada bidang astronomi dengan membuat beberapa jadual
perjalanan matahari yang dikenali dengan nama Zij. Jadual ini digunakan sebagai rujukan kepada pusat pengajian di
Timur dan Barat. Antara buku beliau adalah Kitab
al-Rakhamah, Kitab Zij al-Awwal, Kitab
Zij al-Thani dan lain-lain.
iii)
IBN SINA (370-480H / 980-1037M)
Tokoh Ketiga iaitu Ibn
Sina. Nama sebenar adalah Abu Ali Hussain bin Abdullah bin Sina. Beliau
dilahirkan di Ashfara, berhampiran
Bandar Bukhara. Di Barat beliau dikenali dengan nama Avicenna. Beliau dikenali
dengan nama tokoh perubatan agung dalam dunia Islam dan juga di Barat dikenali
sebagai ‘al-Sheikh al-Rais’ atau ‘Prince of Physicians’. Beliau merupakan
tokoh perubatan Islam yang agung. Karyanya yang terkenal adalah Qanun fi al-Tibb (Canon of Medicine). Karya Qanun fi al-Tibb
mengandungi 5 buku dan merupakan enskiopedia perubatan. Antara sumbangannya
adalah menganalisa pelbagai jenis penyakit dan telah menjadi doktor kepada
beberapa khalifah al-Gurgan, Hamadan dan Isfahan. Beliau juga orang pertama
yang menemui ubat bius dan turut menyumbangkan kepada bidang mekanikal.
iv)
AL-ZAHRAWI (936-1013M)
Tokoh Keempat Al-Zahrawi. Nama sebenarnya Abu Qasim
al-Zahrawi. Di Barat dikenali dengan nama Abu Casis. Beliau merupakan tokoh
pembedahan dan pakar bedah serta pernah berkhidmat sebagai doktor di istana
al-Hakam II. Karya beliau dalam bidang bedah iaitu Kitab al-Tasrif. Beliau
menghasilkan karya mengenai penyediaan dadah daripada tumbuhan, mineral dan
haiwan dengan nama Latinnya ialah Liber Servitoris. Antara sumbangan lain
adalah mencipta teknik pembedahan dan mencipta alat pembedahan.
v)
AL-BATTANI (858-929M)
Tokoh Kelima ialah Al-Battani. Nama sebenarnya ialah
Muhammad ibn Jarir Sinan Abu Abdullah al-Battani dan dilahirkan di Battan. Di
Barat beliau dikenali dengan nama Albategannius. Beliau merupakan tokoh
matematik dan astronomi. Beliau memperkenalkan teorem tangent, kotangen, sinus
dan kosinus serta menghasilkan sifir kotangen. Karya beliau adalah Kitab al-Zij iaitu menerangkan tulisan
kritis yang membetulkan pelbagai kesilapan dalam takwim pada masa itu. Beliau
mempunyai karya yang lain iaitu Kitab
al-Ma’rifat Matali al -Buruj fi Ma Baina
Arba’ al -Falak, Risalah fi Miqdar,Tahqiq al-Ittisalat dan lain-lain
. Antara sumbangan beliau adalah dalam bidang trigonometri iaitu mengemukakan kaedah pengiraan astronomi
secara trigonometri. Sumbangan beliau adalah memulakan pencerapan terhadap
bintang sejak tahun 264H sehingga tahun 306H.Kejayaannya beliau berjaya dalam
menyiapkan jadual gerhana matahari .
vi)
AB RAHMAN AL-SUFI (903-986M)
Tokoh keenam ialah Ab
Rahman al-Sufi. Beliau merupakan tokoh dalam bidang astronomi. Beliau merupakan
orang pertama menulis mengenai astronomi dan berjaya mengkatalogkan lebih
daripada 1000 jenis bintang. Beliau juga memperkenalkan nama-nama bintang iaitu
al-ghurab (al-gorab), al-Dabara (adbera),
Agrab (acrab), al-Adi (al-Gedi), al-Tair (Altair), dan Dhanah (Deneb).
vii)
JABIR IBN HAYYAN (750-803M)
Tokoh ketujuh iaitu Jabir
Ibn Hayyan. Di Barat beliau dikenali dengan nama Geber. Beliau dianggap sebagai
‘Bapa Kimia Arab’, dilahirkan di Kufah. Beliau ialah Tokoh Kimia Islam. Teori
kimia beliau adalah logam seperti timah, timah hitam, besi dan suasa (gangsa)
boleh bertukar menjadi emas dan perak melalui proses menggunakan bahan-bahan
kimia seperti cinnaban (sulphide of
mercury), arsenik oksid dan sebagainya. Antara karyanya adalah Kitab Ustuqus al ‘As al Awwal ila al-Baramikah, Kitab Tafsir
al-Ustiqus al-Wahid al-Kabir, Kitab al-Rukn dan lain-lain. Sumbangannya adalah pengasas kepada kaedah
penghabluran, penyulingan, pemejalwapan dan penyejatan. Sumbangan lain ialah,
mencipta peralatan bagi kardah-kaedah ini dan memperkenalkan istilah kimia dan
digunakan di Eropah iaitu alkali,antimoni, alembik (anbique), danalchemy.
viii)
YAQUB IBNI ISHAQ AL-KINDI (800-873M)
Tokoh kelapan iaitu Abu
Yusuf Yaqub Ibn Ishaq Al-kindi, atau dikenali sebagai Al-Kindi. Beliau
dilahirkan di Kufah, Iraq. Beliau dilahirkan pada abad ke-9 bersamaan 194 M.
Ketika beliau berumur 72 tahun, beliau telah meninggal dunia di Baghdad, Iraq.
Bapanya adalah gabenor Kufah, sebagaimana datuknya sebelumnya. Pendidikan awal
beliau adalah di Basrah dan kemudian beliau berhijrah ke Baghdad untuk
meneruskan pengajian beliau. Al-kindi merupakan keturunan suku kaum Kindi yang
telah berpindah dari Yemen. Puak ini telah menyatukan sebilangan suku-suku dan
mencapai kedudukan yang berkuasa pada abad-abad kelima dan keenam, tetapi
kehilangan kuasa pada abad keenam.
Al-kindi telah dilantik
menjadi pegawai perubatan dan guru diraja semasa pemerintahan Al-Ma’mun dan Al-Mu’tasim.
Pengetahuan tentang pembelajaran yang hebatnya tidak lama kemudian merebak.
Khalifah al-Ma’mun melantiknya di rumah kebijaksanaan di Bagdad, yang merupakan
pusat yang baru sahaja ditubuhkan bagi penterjemahan teks-teks falsafah dan
saintifik orang Yunani. Beliau juga terkenal kerana penulisan seni khatnya yang
cantik dan pada suatu ketika pernah bekerja sebagai jurutulis kepada
al-Mutawakkil. Al-kindi juga tekun mendalami pelbagai ilmu yang
diterjemahkannya dari bahasa yunani. Beliau juga diakui sebagai seorang pelopor
peradaban dan ilmu pengetahuan. Buku-buku yang ditulisnya tidak kurang dari 256
judul yang merangkumi falsafah, muzik, astronomi dan ilmu kimia. Melalui
buku-buku yang di dokumenkan itulah mengajar umat islam pada zamannya mengenai
nada dan bahagian-bahagian muzik sebelum orang Eropah mengetahui mengenai ilmu
muzik. Beliau berpendapat bahawa falsafah itu suatu karya yang indah dan
Al-kindi juga dikatakan sebagai seorang sarjana yang memahami pelbagai bahasa
kuno.
Beliau sangat menyukai
muzik dan olahraga. Beliau telah menghasilkan karya Al-Mutanabbi dan karyanya
tercatit akhlaknya. Kebanyakkan hasil karya Al-kindi telah hilang dan
dipercayai dimusnahkan bersama kota Bagdad akibat serangan Mongol Atiyeh
(1996M) telah menyenaraikan karya-karya Al-kindi dalam bidang perubatan. Salah
satu dari buku beliau yang diterjemahkan ke bahasa latin berjudul The Book of Optics telah mempengaruhi Roger
Bacon dan saintis-saintis lain di Eropah. Al- Kindi merupakan seorang sejarawan
islam yang terulung yang menghasilkan falsafah melalui pemikiran di zaman
yunani. Hasil karyanya mempengaruhi pemikiran pembangunan di Eropah pada abad
ke-13. Beliau merupakan karyawan Arab pertama yang telah menterjemah perkataan
yunani kepada bahasa arab dan telah mengabungkan beberapa pandangan Plato dan
Aristotle kepada sistem yang baru
Sumbangan Al-Kandi dalam
bidang Astronomi iaitu alam al–Quran, surah Ali- ‘imran menggesa umat islam
agar memerhati dan menghayati kejadian langit dan bumi, memerhati perjalanan
serta kejadian siang dan malam, di mana ia juga merupakan dorongan yang kuat
kepada kajian tentang astronomi. Dalam bidang astronomi, Al-kindi telah merujuk
kepada pandangan Ptelomy mengenai sistem solar merangkumi pelbagai planet iaitu
Marikh, Zuhal, Mustary, Matahari, Bulan dan lain-lain. Beliau mengatakan bahawa
segala pergerakan planet-planet merupakan kuasa Allah. Beliau mempercayainya
kerana beliau boleh membuktikan bahawa perbezaan cuaca kerana susunan
planet-planet dan matahari yang telah ditetapkan pada paksi atau orbit
planet-planet tersebut. Al-kindi mengatakan bahawa proses tersebut adalah
disebabkan struktur bentuk planet memberi kesan terhadap kejadian dunia, salah
satu karyanya yang telah diterjemahkan melalui karya Aristotle iaitu beliau
mengakui pergerakan planet adalah disebabkan geselan dari beberapa kawasan yang
menghasilkan beberapa elemen bumi iaitu api, air dan tanah. Elemen tersebut
telah digabungkan untuk menghasilkan pelbagai bahan di dunia . Keperihatinan
terhadap cara menentukan arah kiblat merupakan faktor penting yang mengalakkan
orang islam mempelajari ilmu falak. Para astronomi islam telah membina
balai–balai cerap di lokasi–lokasi terpilih untuk teropong bintang. Antara
balai cerap yang terkenal ialah yang dibina di Maraghah.
Sumbangan kedua Al-Kindi
merupakan dalam bidang matematik. Beliau menulis beberapa buah buku yang
ditujukan khas bagi sistem nombor, dan banyak menyumbang bagi asas hisab moden.
Al-kindi juga telah mempopularkan angka Hindu-Arabic di kalangan orang Arab.
Al-kindi telah menghasilkan pengiraan untuk menyelesaikan masalah matematik
termasuk arithmetik, geometri, garisan dan darab dengan angka, mengukur masa,
jarak dan sebagainya. Beliau telah menulis empat jilid kitab fi isti’mal
al-‘adad al-hindi yang diserap melalui sistem pengiraan di India di tengah
timur dan barat. Manakala dalam bidang geometri, beliau menghasilkan teori
garisan selari dan menyatakan geometri boleh menghasilkan dua garis iaitu garisan yang tiada akhirnya
dan mengikut garisan yang logik. Al-kindi sangat menghargai
matematik. Hal ini disebabkan kerana matematik bagi al-kindi adalah mukadimah
bagi sesiapa sahaja yang ingin mempelajari fisafat. Mukadimah itu penting
sehingga tidak mungkin bagi sesorang untuk mencapai keahlian dalam filsafat
tanpa terlebih dahulu menguasai matematik. Di dalam bidang matematik, Al –Kindi
telah menghasilkan beberapa buah buku mengenai sistem penomboran, yang kemudian
menjadi dasar aritmatik moden. Bidang matematik berkait rapat dengan bidang
astronomi.
Sumbangan Al-Kindi dalam
bidang perubatan, beliau merupakan seorang doctor. Al-Kindi adalah ahli
farmakologi pertama untuk menentukan dan menggunakan dos ubat yang betul untuk
kebanyakan daripada dadah-dadah yang terdapat pada masa itu. Lebih dari 30 buah
buku yang dikarang oleh Al-Kindi dalam bidang perubatan yang diperoleh dari
idea Galen dan kebanyakannya ditulis berdasarkan pengalaman beliau sendiri dan
beberapa orang Islam pada masa itu . Karya yang paling penting beliau dalam
bidang ini ialah mengenai aplikasi matematik dan kuantiti ubat-ubat dalam
bidang farmasi. Sebagai contoh, beliau menghasilkan skala matematik untuk
menyukat kuantiti dan kekuatan ubat atau dadah dalam system badan. Ia
memudahkan doctor mengenal pasti penyakit dan menentukan ketahanan badan manusia
. Dalam karyanya yang berjudul Aqrabadhin
(formula perubatan), Al-Kindi banyak menghasilkan banyak kandungan atau dos
ubat-ubatan termasuk dadah yang diformulasikan dari haiwan dan sumber mineral .
Al –kindi juga banyak mengkaji tentang penyakit mata. Bukunya tentang ilmu
optik telah ditulis ke bahasa latin dengan nama Optics, dan salah seorang
pengikutnya ialah Roger Bacon. Kitab Kimia
al Itr iaitu buku mengenai pengasilan minyak wangi melalui bahan-bahan
kimia juga merupakan karya beliau yang menceritakan mengenai kandungan dan
keperluan dadah (alcohol) dalam perubatan dan penghasilan bahan-bahan
kimia.Al-Kindi mempunyai sumbangan dalam bidang muzik.
Beliau juga menonjol dalam
kecedasan muzikal. Beliau telah berhasil menyumbangkan karya-karya di bidang
muzik. Mereka, khususnya al-kindi, telah menggunakan not muzik sebagai sistem
penulisan muzik. Mereka juga menamakan not muzik dengan suku kata yang disebut
solmisasi. Sukatan ini menjadi skala dasar bagi muzik saat ini dan kita sangat
akrab dengan do, re, mi, fa, so, la, si, do, yang berasal dari alphabet Arab
dal, ra, mim, fa, shad, lam, sin. Al-kindi juga telah mengembangkan alat muzik
yang disebut ‘ud (mencapai). Ia juga adalah orang yang pertama kali menyatakan
manfaat terapi dari muzik untuk menyihatkan keadaan fizikal, emosi dan mental .
Dengan yang demikian al-kindi adalah seorang ilmuan ensiklopedia yang memiliki
banyak kecerdasan, dimulai dari segi kecerdasan linguistik muzikal hingga
natural. Perpaduan kecerdasan ini berkembang sesuai dengan kuatnya minat
al-kindi terhadap cabang-cabang ilmu pengetahuan yang ada pada masa itu. Al –
Kindi telah meletakkan pelbagai nota yang menghasilkan keharmonian nada suara
yang unik dan darjah keharmonian pula bergantung kepada frekuensi nota
tersebut. Lebih dari itu, beliau telah mencipta satu kaedah dalam mengenal
pasti nada suara. Al- kindi menetapkan bahawa apabila bunyi dihasilkan maka
gelombang di udara akan terhasil yang telah memukul gegendang telinga. Hal ini
juga ditunjang oleh kedudukannya sebagai seorang penterjemah professional yang
mengharuskan dirinya untuk menguasai bahasa dan ilmu pengetahuan yang terdapat
dalam semua karya yang diterjemahkannya. Tanpa penguasaan yang memadai terhadap
cabang-cabang ilmu tersebut, mustahil ia menghasilkan karya terjemahan yang
bermutu.
Pencapaian lain yang
dicapai oleh Al-kindi juga merupakan seorang ahli kimia yang termaju, beliau
adalah seorang penentang al-kimia. Beliau menunjukkan kesilapan mitos yang
logam asas mudah boleh diubah menjadi logam berharga seperti emas atau
argentums. Al-kindi menyangkal al kimia yang telah dihasilkan oleh sejarawan
yang lain. Beliau telah menghasilkan alcohol sebagai sebatian asli yang
menghasilkan tapisan asli alcohol dari tapisan air anggur(wain). Beliau juga
telah menghasilkan pelbagai jenis minyak wangi dan beliau dikatakan sebagai
‘bapa’ dalam industri minyak wangi. Beliau juga telah mengembangkan hasil
kerjanya dari minyak wangi kepada bahan-bahan kosmetik dan kecantikan.
Al-kindi menulis
sekurang–kurangnya 250 buah buku, kebanyakan sumbangannya bagi geometri (32 buah buku), falsafah dan perubatan (22 buah buku setiap
satu ), logik (9 buah buku), dan
fizik (12 buah buku ). Pengaruhnya dalam bidang fizik, matematik ubat,
falsafah dan muzik adalah meluas dan berpanjangan selama beberapa abad. Beliau
juga aktif dalam bidang terjemahan. Antara sumbangan besar Al- kindi ialah
mengenai 11 teks yang menerangkan mengenai nombor dan analisis nombor.
Al- kindi juga menghasilkan
beberapa buah buku- buku dalam pelbagai bidang yang merangkumi bidang seperti astronomi (16 buah buku ), Aritmetik (11
buah buku), psikologi (5 buah buku) dan muzik (7 buah buku). Selain itu, Al
– kindi juga menghasilkan tulisan dalam bentuk monograf meliputi bidang
astronomi, batu–batan, batu–batu berharga dan sebagainya.
ix)
ABU AL-NASR AL-FARABI (870-950M)
Tokoh kesembilan merupakan
Abu Al-Nasr al-Farabi. Nama sebenar Al-Farabi ialah Abu Nasr Muhammad B Turkhan
bin al-Uzalagh al-Farabi. Beliau dikenali dengan nama Alpharabius di Barat dan
berketurunan Parsi. Beliau mendapat gelaran Al-Farabi kerana kelahirannya di
Farab yang juga disebut Kampung Utrar. Bapa beliau merupakan seorang jeneral
yang memiliki posisi penting di Parsi manakala ibu beliau berdarah Turki asli.
Berdasarkan catatan dari Awarudin Harahap yang bertahun 1981, Al-Farabi
dilahirkan pada tahun 258 H bersamaan 870 M di dalam keluarga yang berada dan
dipenuhi dengan kesenangan. Tetapi kehidupan beliau tidak dipengaruhi dengan
kemewahan, bahkan beliau lebih suka memikir perkara metafizik walaupun berada
dalam bidang fiqh yang membolehkan beliau menjawat jawatan qadhi tetapi bidang
itu tudak memberi kepuasan kepada dirinya. Beliau akhirnya mengembara menuju
Baghdad dan mempelajari ilmu mantik daripada Abi Basyar Ibn Bata dan
kemudiannya daripada Yuhana b Hailan di Haran. Beliau tekun mempelajari falsafah
walaupun usianya sudah mencecah 40 tahun. Beliau mahir menguasai banyak bahasa
di antaranya, bahasa Arab, Turki dan Parsi serta menguasai muzik secara teori
dan praktikal.
Beliau telah meninggalkan
jawatan qadhi yang disandang di negerinya dan gemar keluar waktu malam bagi
mencari tempat-tempat berpokok dan berair bagi membaca dan mendengar muzik.
Beliau cuba menyatukan pendapat Aristo dan Plato serta Aristo dan Galinous dan
antara semua mereka dengan ajaran islam. Tindakan beliau bagaimanapun telah dikritik
oleh Hibbatullah Ibn Albarakah Al Baghdadi dengan bantuan pemikiran Al Ghazali
kerana sealiran dengan Aflutin.Al Baghdadi menyifatkan falsafah beliau sebagai
bertabiat Aflutin tetapi bersifat Aristo.Hal ini disebabkan Al-Farabi
bergantung kepada karya-karya yang telah diselewengkan . Antara sumbangan
Al-Farabi Karya al-Farabi kebanyakannya telah hilang dan yang sampai kepada
kita hari ini hanyalah beberapa potongan ayat dan ada antaranya bertentangan
antara satu sama lain dan memerlukan kepada penyusunan yang baru.
Karya beliau telah sampai
pada angka 117 termasuk buku dan risalah. Ianya mencukupi mantiq, pendidikan,
nature, ilmu ketuhanan, akhlak, politik, falsafah, matematik, kejuruteraan,
perbahasan dan astronomi. Buku yang paling bermutu ialah ensiklopedia yang
bernama ‘ihksou al Ulum yang dianggap
karya terpenting berbahasa Arab dalam penyusunan ilmu. Filsafatnya menjadi
acuan pemikiran ilmiah bagi dunia Barat dan juga Timur. Beliau juga ahli muzik
terbesar dalam sejarah Islam dan komponis beberapa irama musik yang masih dapat
didengarkan dalam perbendaharaan lagu sufi musik India. Al-Farabi telah
mengarang ilmu musik dalam lima bahagian. Buku-buku ini masih berupa naskah
dalam bahasa Arab, tetapi sebahagiannya sudah diterbitkan dalam bahasa Perancis
oleh D’Erlenger.Teorinya tentang harmoni belum dipelajari secara mendalam.
Pengetahuan estetika al-Farabi bergandingan dengan kemampuan logikanya.
Beliau meniggal pada tahun
950 M pada usia 80 tahun. Beliau meninggalkan sejumlah besar tulisan penting.
Karya al-Farabi dapat dibagi menjadi dua, satu antaranya mengenai logika dan
mengenai subjek lain. Tentang logika al-Farabi mengatakan bahawa filsafat dalam
erti penggunaan akal fikiran secara umum dan luas adalah lebih dahulu daripada
keberadaan agama, baik ditinjau dari sudut waktu mahupun dari sudut logik.
Karya al-Farabi tentang logika menyangkut bahagian-bahagian berbeza dari karya
Aristotles Organon, baik dalam bentuk komentar mahupun ulasan panjang.
Kebanyakan tulisan ini masih berupa naskah dan sebahagian besar naskah-naskah
ini belum ditemukan. Manakala karya dalam kelompok kedua menyangkut pelbagai
cabang pengetahuan filsafat, fizik, matematik dan politik.
x)
ABU RAIHAN AL-BIRUNI (362-442H/973-1015M)
Tokoh kesepuluh merupakan
Abu Raihan al-Biruni, merupakan seorang putera Islam yang terkenal dalam
beberapa bidang sains. Dilahirkan pada bulan September tahun 973 M di
perkampungan Kharizm, Turkmenistan, di mana tempat itu kemudiannya dikenali
dengan nama “Al-Biruni” yang bermaksud ‘asing’. Dunia sains mengenalinya
sebagai salah seorang yang terbaik dalam bidang falsafah, astronomi, kedoktoran
dan fizik. Al-Biruni adalah pengasas Indologi, antropologi dan geodesi. Beliau
juga adalah ahli sejarah dan pakar bahasa. Abu Raihan al-Biruni. Namanya tidak lagi
asing di pentas ilmu sains pada abad pertengahan. Dunia sains mengenalinya
sebagai salah seorang putera Islam yang terbaik dalam bidang falsafah,
astronomi, kedoktoran dan fizik. Wawasan dan pengetahuannya yang sedemikian
luas, telah meletakkan dirinya sebagai seorang pakar dan ilmuwan Islam yang
tersohor pada awal abad pertengahan. Nama penuh beliau adalah Abu Raihan
Muhammad Ibn Ahmad al-Biruni. Pada masa itu, Kawasan kelahirannya ini
sememangnya dikhaskan untuk penempatan orang-orang asing.
Beliau dibesarkan dalam
keluaraga yang taat beragama. Al-Biruni mengahabiskan usia mudanya dalam
persekitaran masyarakat yang mencintai ilmu pengetahuan. Walaupun tidak banyak
catatan sejarah yang mengisahkan latar belakang pendidikannya, namun beberapa
sumber telah menyebutkan bahawa ilmuan ulung ini memperolah pendidikan daripada
beberapa orang ulama ternama pada zamannya. Antaranya adalah Syeikh Abdus
Shamad. Dalam bidang kedoktoran, Al-Biruni belajar daripada Syeikh Abul Wafa’
Al-Buzayani. Daripada seorang Putera Raja Parsi, Syeikh Abu Nasr Mansur bin Ali
bin Iraqi beliau belajar dalam bidang matematik dan astronomi. Keluarga Abu
Nasr begitu mengambil berat tentang Al-Biruni. Al-Biruni merupakan sarjana
agung pada akhir abad ke-4H/10 M.
Sepanjang hayatnya ditumpukan
kepada bidang penyelidikan dan penulisan. Beliau dapat menguasai dua buah
tamadun besar pada ketika itu iaitu tamadun Arab dan Yunani. Beliau mempunyai
hubungan erat dengan para intelek Islam dan Kristian. Salah seorang daripadanya
ialah Abu Sahl Masihi (ahli fizik Kristian). Beliau juga berhubung rapat dengan
para saudagar Kristian Syria untuk mempelajari nama-nama orang Yunani serta
sebutan dan ejaan istilah perubatan yang betul.
Beliau juga menjelaskan
permasalahan trigonometri yang mendalam dalam karyanya, Tahqiq Al-Hind.
Kecerdikan Al-biruni merangsang dirinya untuk mendalami ilmu astronomi.
Misalnya beliau turut menjelaskan tentang kemungkinan pergerakan bumi mengitari
matahari. Malangnya, buku beliau yang mengupas tentang perkara ini hilang. Namun
beliau berpendapat, sebagaimana pernah ia sampaikan dalam suratnya kepada Ibnu
Sina, bahawa pergerakan eliptis adalah lebih memungkinkan daripada gerak
melingkar yang dilakukan planet. Al-Biruni sangat konsisten dalam
mempertahanlan pendapat tersebut, dan ternyata pada kemudian harinya pendapat
ini terbukti kebenarannya sebagaimana yang telah dibuktikan oleh ilmu astronomi
moden.
Sebagai seorang yang gemar
membaca pelbagai bidang ilmu, kepakaran Al-Biruni tidak hanya dalam bidang ilmu
sains. Beliau juga mahir dalam ilmu falsafah. Kerana itu, beliau dikenali
sebagai salah seorang ahli falsafah Islam yang amat berpengaruh. Pemikiran
falsafah Al-Biruni banyak dipengaruhi oleh pemikiran falsafah Al-Farabi,
Al-Kindi dan Al-Mas’udi (meninggal pada tahun 956 M). Hidup sezaman dengan ahli
falsafah dan pakar ilmu perubata, Ibnu Sina, Al-Biruni banyak berdialog dengan
Ibnu Sina, sama ada secara langsung mahupun melalui surat dengan aliran
pemikiran peripatetic yang dianuti Ibnu Sina dalam pelbagai aspek. Al-Biruni
memperlihatkan kecenderungan bahawa beliau tidak menerima bulat-bulat falsafah
Aristotle dan berfikir secara kritikal terhadap beberapa hal dalam teori fizik
paripatetik, seperti berkaitan dengan masalah gerakan dan tempat. Ini kerana
semua yang yang dilakukannya itu selalunya berlandaskan pada prinsip-prinsip
Islam, serta meletakkan sains sebagai alat untuk mengingkap rahsia alam. Hasil
kajian dan penelitiannya akhirnya adalah untuk mengakui akan wujudnya Allah,
sebagai Maha Pencipta. Menurut Al-Biruni jika seorang ilmuwan ingin membezakan
kebenaran dan kepalsuan, dia perlu menyelidik dan mempelajari tentang alam.
Dalam bukunya Al-Jamahir, Al-Biruni juga menegaskan, “Penglihatan adalah
penghubung apa yang kita lihat dengan tanda-tanda kebijaksanaan Allah dalam
ciptaan-Nya. Daripada penciptaan alam tersebut, kita akan menemukan kewujudan
Yang Maha Pencipta.” Pandangan Al-Biruni ini tentu berbeza sekali dengan
pandangan saintis Barat pada zaman moden ini yang mengenepikan sains daripada
agama Al-Biruni juga mendapati senja (pagi dan petang) terjadi apabila Matahari
beradap 18 di bawah ufuk. Penyelidik moden mengesahkan penemuan al-biruni ini.
Beliau menulis buku al-Lam’at mengenai perkara ini.
TOKOH-TOKOH KEJURUTERAAN
ISLAM YANG LAIN
Terdapat tokoh-tokoh
kejeruteraan dalam islam yang lain iaitu Al-Jazari dan Taqi ad Din Berjaya
membuat modifikasi kepada shaduf dan menerangkan kaedahpenggunaannya dalam
kitab-kitab karangan mereka.
Shaduf ini adalah alat
mengangkut air untuk kegunaan bagi tujuanpengairan, perumahan, industri dan
lain-lain.Mesin yang telah dicipta telah digunakan di Sungai Yazid di
Damascusdi mana mesin ini berfungsi menerusi roda yang separuh terbenamdalam
sungai dan akan berputar disebabkan oleh aliran sungaitersebut.Taqi Ad Din
menerangkan dalam kitabnya mengenai alat mengepam air menggunakan roda berskop
.
Tokoh lain yang kedua ialah
Banu Musa Mencipta mesin yang menggunakan bantuan air dan angin. Digunakan
untuk memesin jagung, menghancurkan gula dan mengepam air. Berjaya mencipta
bejana automatik yang boleh mengisi bejananya(bekas air) sendiri.
SUMBANGGAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN KEPADA
INSTITUSI INTELEKTUAL ISLAM
i)
UNIVERSITI DAN INSTITUSI PENDIDIKAN
Wujudnya
universiti-universiti di wilayah timur antaranya Universiti al-Azhar,
universiti di Andalus, contohnya universiti Granada, universiti Cordova dan
universiti Seville.
ii)
PERPUSTAKAAN
Wujudnya Baitul Hikmah yg
didirikan oleh Khalifah Harun al-Rasyid di Baghdad. Hasil sumbangan beliau,
lahirlah golongan penterjemah yg mahir, agen penukaran budaya dan pemindahan
teknologi, menerbitkan bahan ilinu yg berkualiti dan berjaya menghidupkan
budaya ilmu.
iii)
HOSPITAL
Hospital berperanan sebagai
pusat pengajian dan penyelidikan perubatan rawatan serta pusat latihan
kejuruteraan dan kedoktoran. Institusi ini berjaya mempelbagaikan kaedah
rawatan terutamanya dalam aspek spiritual, pencegahan, aromaterapi dan
mengeluarkan penyakit. Institusi ini turut memperkenalkan kaedah pembedahan
untuk penyakit-penyakit tertentu. Antara fungsinya adalah dapat
menginstitusikan pusat rawatan seperti hospital, hospital bergerak dan pusat
kecemasan.
iv)
BALAI CERAP
Ianya berperanan sebagai
pusat penyelidikan, pusat latihan pembelajaran astronomi dan pusat pengumpulan
data. Pusat ini berjaya menggabungkan pelbagai disiplin ilmu dan pengkajian
astronomi seperti matematik, trigonometri dan algebra. Ianya juga berfungsi
menghubungkan menghubungkan manusia dengan Penciptanya, membuat pembetulan
data-data yg kurang tepat dalam tamadun silam, mewujudkan kecenderungan
mengkaji alam secara rasional dan emprikal serta menekankan kaedah penggunaan
instrumen dan cerapan untuk mengisahhkan teori.
v)
KEJURUTERAAN AWAM
Teknologi bangunan
mempunyai kaitan rapat dengan bidang seni bina. Ia berjaya menonjolkan
teknologi seni bina islam yg mengagumkan seperti Masjid al-Aqsa di Jususalem
dan juga Masjid Ummayad di Damascus yg dibina pada kurun ke-7M.
vi)
TEKNOLOGI KEJURUTERAAN JALAN RAYA DAN JAMBATAN
Dalam bidang ini, pembinaan
jambatan Shahristan di Isfahan, Iran amat dikagumi pada kurun ke-12M.
Keistimewaannya ialah jambatan ini mempunyai pinyu gerbang yg sangat banyak dan
bersegmen.
vii)
KEJURUTERAAN HIDROLOGI
Pada zaman pemerintahan Umar Abdul Aziz, beliau telah mengarahkan
pembinaan terusan yg panjangnya 10km untuk mengalirkan air Sungai Furat ke
Bashrah sebagai punca air kerana berlakunya kemarau yg panjang. Di parsi pula,
teknologi air bawah tanah telah dibina di sekeliling bandar pertanian dan
perumahan.
RUMUSAN
Islam merupakan sistem hidup yang berperanan
mengurus alam dan segala keperluan makhluk berdasarkan panduan syariat melalui
amalan terbaik daripada Nabi Muhammad SAW.Asas bagi segalanya kemajuan
berdasarkan sains teknologi dan kejuteraan adalah membawa kepada
kebaikan,menolak kejahatan serta kepayahan dan nilai tambah kepada kualiti
hidupan manusia.segalanya menjurus kepada mengabdikan diri kepada Allah
SWT.kejayaan para sarjana islam pada masa lampau dalam pelbagai bidang adalah
kerana islam menganjurkan umatnya meneroka alam untuk memakmurkan tadbir urus
kehidupan manusia bagi membina kebahagian di dunia dan akhirat.
Akhir sekali, semoga dengan adanya
sains teknologi dan kejuteraan dalam islam dapat memimpin generasi ke arah yang
lebih baik.