Sunday, February 17, 2019

BAB 2 SAINS TEKNOLOGI KEJURUTERAAN DALAM ISLAM


Image result for LAMBANG POLISAS
 SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
DALAM ISLAM

TAJUK: SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

DGU 2B



NAMA AHLI:
1.      NURUL AMIRAH BINTI ZAHRIN                  02DGU18F1033
2.      SITI NURFARAHIN BINTI JASNI                    02DGU18F1045
3.      NUR AMIRAH AMNI BINTI NOOR AZLI      02DGU18F1061
4.      SITI AZLINA BINTI MOHD JAINUN              02DGU18F1085
5.      NUR SYUHADA BINTI MOHD ARIFF                        02DGU18F1089
6.      NUR IZZATUL RUZAILINA BINTI ZAINAL
ABIDIN                                                           02DGU18F1101
7.      NURIN AMALIN BINTI MAHAZAN              02DGU18F1153





PENGENALAN

Dalam dunia kini, arus pemodenan semakin berkembang dari semasa ke semasa. Disebabkan perkembangan teknologi yang semakin canggih setiap hari, kita sepatutnya berterima kasih kepada sains dan kejuruteraan kerana telah memudahkan kehidupan kini.

Sains dan teknologi kejuruteraan, hampir keseluruhan darinya terhasil dan diinspirasikan dari Islam, juga merupakan cabang ilmu dalam Islam. Tradisi Islam adalah untuk melahirkan para saintis berteknologi muslim yang beriman dan berakhlak. Namun begitu, islam menolak kemajuan teknologi tanpa akhlak dan sains yang menolak spiritual (batiniah, rohaniah dan perkara yang berkaitan dengan agama). Walaubagaimanapun, Barat beranggapan bahawa sumber wahyu tak diperlukan berasakan prinsip logos dan mitos.

Logos ialah satu penemuan yang paling ampuh hasil daripada eksperimen. Dalam bahasa Yunani, bererti buah fikiran yang diungkapkan dalam perkataan. Mitos pula iakah cerita (kisah) tentang perkara-perkara luar biasa zaman dahulu yang dianggap benar oleh sesetengah golongan masyarakat. Dalam kata lain, khayalan yang tak wujud dan tak dapat dibuktikan secacra tepat dan konkrit.


DEFINISI

Sains dan teknologi kejuruteraan tak dapat dipisahkan dengan bidang ilmu dalam islam. Dalam sains, sains adalah satu usaha manusia untuk menghuraikan sesuatu dengan tepat dan secara kuantitif mengenai alam tabii dan proses melalui pengamatan, hipotesis dan eksperimen. Setiap proses mendapatkan maklumat sains, bermula dengan pengalaman dan kemudian mendapatkan fakta dan peraturan daripadanya. Antara konsep dalam sains ialah hokum, sebab dan akibat.

Walau bagaimanapun, kita perlu tahu bahawa sains merupakan satu proses yang berterusan. Dalam hal ini, sains dan islam sama-sama berpegang kepada prinsip bahawa ala mini bersifat konseptual, iaitu sesuatu yang boleh difahami dan dimengerti.


SAINS DARI ASPEK BAHASA DAN ISTILAH

Perkataan ‘sains’ berasal daripada bahasa inggeris iaitu science. Dalam bahasa Latin, ia dikenali sebagai scio, scire, atau Scientia yang bermaksud pengetahuan, mendapatkan ilmu atau maklumat. Sains menurut English Oxford Dictionary ialah suatu cabang ilmu yang mengkaji sekumpulan penyataan dengan fakta-fakta yang ditinjau dan disusun  secara bersistem serta dihimpun dalam bentuk-bentuk hukum-hukum umum. Dan seperti proses mendapatkan maklumat yang lain, sains bermula dengan pengalaman, dan kemudiannya mendapatkan fakta dan peraturan daripadanya.

Sains dalam skop yang luas bermaksud ilmu-ilmu yang diperoleh secara sistematik berdasarkan pengalaman deria yang dapat dibuktikan secara objektif. Selain itu, sains juga dapat didefinisikan sebagai suatu ilmu yang dihasilkan melalui proses cerapan (analisis dengan menggunakan pancaindera) serta fahaman yang lahir daripadanya.

Sains dari aspek istilah ialah satu ilmu yang dihasilkan secara cerapan dan fahaman ataupun hurauan yang sistematik mengenai sesuatu kejadian tabii (natural, mengikut sifat semula jadi), atau alam semulajadi yang berlaku melibatkan penggunaan intelek di sepanjang kaedah yang dapat diukur (kuantitatif). Sains juga adalah satu ilmu yang diperolehi secara metodologi saintifik (Harudin Harun, 2007). Selain itu, sains ialah ilmu mengenai kajian yang rasional dan empirical yang tak berkaitan dengan wahyu, instuisi, emosi dan perkara-perkara agama.

Sains terbahagi pada 3 bahagian, iaitu sains tulen (sains tabii), sains gunaan (teknologi dan kejuruteraan) dan sains sosial (tabiat manusia). Sains tulen adalah sains yang merangkumi pandangan hidup saintifik, usaha saintifik dan inkuiri saintifik. Mempunyai asas logical dalam menghuraikan sesuatu. Sebagai contoh, dalam mengesan masalah, merancang penyiasatan, menjawab dan menyelesaikan masalah, menyebarkan keputusan pada umum.

Manakala sains gunaan pula merupakan penggunaan satu atau lebih bidang ilmu sains semula jadi untuk mengatasi masalah praktikal. Sains gunaan penting untuk perkembangan teknologi. Penggunaannya dalam medan industry biasanya dipanggil penyelidikan dan pembangunan (R&D). Kegunaan sains gunaan banyak terdapat dalam kehidupan seharian. Antaranya di dalam industri, kejuruteraan, kesihatan dan keselamatan, maklumat dan komunikasi, sukan dan rekreasi, pengakutan, kediaman dan tentera.

Bagi sains social pula ialah penggunaan kaedah sainitifik untuk mengkaji bidang kemanusiaan di dunia ini. Juga dikenali sebagai kajian sosial yang berlaku dalam dunia sosial dan fenomena yang melibatkan manusia. Menurut A New Dictionary of Sociology (Mitchell, 1979), secara umumnya digunakan untuk sebarang pengujian yang berkaitan dengan manusia dan masyarakat.



SAINS DARI ASPEK KEILMUAN ISLAM
           
Sains Islam berasaskan wahyu dan akal. Bidang ini menjadikan wahyu sebagai sumber rujukan tertinggi kerana wahyu datang daripada Allah SWT tanpa batasan, sedangkan akal ialah perkara yang terbatas.

Sains dalam Islam ialah sains yang berkonsepkan tauhid yang mematuhi prinsip-prinsip yang ditetapkan Allah SWT melalui rasul-Nya. Selain itu, sains merupakan satu maklumat atau fakta yang diperoleh menerusi penyelidikan dan penemuan yang menggunakan kaedah-kaedah tertentu dan tidak bercanggah dengan syarak untuk mencari fakta atau bukti bagi menjelaskan sesuatu kebenaran.

Sains Islam dikaitkan dengan cabang ilmu pengetahuan yang sistematik bertitik tolak daripada sesuatu sebab dan akibat yang boleh diuji dan dikaji kebenarannya. Di samping itu, sains Islam turut menggabungkan unsur-unsur metafizik (ketuhanan) dan fizik, ilmu aqli dan naqli serta ilmu intelek dan ilmu wahyu. Sains Islam juga berasaskan nilai, neutral dan objektif. Sains dalam Islam merangkumi tiga kategori utama, seperti sains propaedeutic, sains Syariah dan sains falsafah.

Sains propaedeutic ialah sains yang melibatkan kemahiran seperti membaca, menulis, ilmu pengetahum, timbangan, pertanian, biografi dan sejarah. Sains Syariah pula ialah satu bidang yang sama dengan ilmu agama pada hari ini. Bidang yang termasuk dalam kategori ini ialah ilmu tajwid, hadis, Syariah, tafsir dan lain-lain. Manakala, sains falsafah pula merangkumi empat bahagian iaitu Matematik Propaedeutik, Logik, Sains Tabii dan Matematik Tabii.



TEKNOLOGI DARI ASPEK BAHASA DAN ISTILAH

Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu maksud. Maksud pertama ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia.

Perkataan ‘teknologi’ berasal dari bahasa Greek, iaitu technologia dan bahasa Yunani iaitu techne dan logos yang bermaksud seni, kemahiran atau rekaan tangan atau keterampilan. Maka, tekno disesuaikan dengan maksud kemahiran Teknik atau hasil kerja. Logos pula bermaksud wacana atau kata-kata sistematik. Istilah ini boleh digunapakai samada secara umum atau dalam bidang tertentu seperti teknologi pembinaan, teknologi perubatan dan teknologi maklumat.

Teknologi juga merupakan satu sains gunaan berkaitan ilmu sains yang digunakan untuk mencapai matlamat atau tujuan yang praktikal. Ia boleh merujuk pada beberapa contoh keadaan, seperti penggunaan berbagai-bagai kaedah dan teknik pembuatan barang atau perkhidmatan yang dihasilkan melalui rekaan sains untuk menyelesaikan masalah.

Selain itu, teknik-teknik yang meliputi kaedah, bahan-bahan, peralatan dan proses-proses untuk menyelesaikan masalah. Dan akhir sekali ilaah keadaan dalam penggunaan pelbagai sumber seperti pengetahuan, kemahiran, proses, teknik, peralatan dan bahan untuk menyelesaikan masalah.

Secara keseluruhannya, teknologi ialah aplikasi pengetahuan sains yang boleh memberi manfaat dan penyelesaian terhadap sesuatu masalah yang dihadapi dalam kehidupan seharian.

Dari segi istilah, teknologi ialah ilmu pengetahuan dan tindakan yang bersistem yang merujuk kepada industry. Oleh itu, teknologi boleh didefinisikan sebagai ilmu berbentuk praktikal atau teknikal yang membolehkan manusia membuat sesuatu perubahan yang bermanfaat ke atas alam semula jadi.



TEKNOLOGI DARI ASPEK KEILMUAN ISLAM

Teknologi dalam Islam ialah satu cabang ilmu praktikal untuk mencapai tujuan praktikal sebenar, bertunjangkan tauhid kepada Allah SWT, seimbang antara satu sama lain, terlaksana mengikut sistem etika Islam yang mengutamakan keadilan dan dipertanggungjawabkan kepada manusia sebagai khalifah Allah SWT untuk menggunakan alam semula jadi dengan baik (Wan Ramli Wan Daud, 1991).

Dalam sejarah sains Islam, istilah yang bertepatan dengan teknologi ialah istilah sina’ah, yang bermaksud ilmu gunaan. Ilmu gunaan merupakan pengetahuan yang berhubung dengan teknik menggunakan pengetahuan sains. Teknologi dalam Islam bertujuan memberi kemudahan dan kemakmuran kepada manusia. Tujuan tersebut adalah berbentuk teknologi yang memberi manfaat tanpa ,mengandungi unsur-unsur kerosakan serta tidak terkeluar daripada etika dan prinsip-prinsip dasar Islam.

Selain itu, teknologi ini juga merupakan satu pengetahuan yang memberikan focus kepada cara menggunakan ciptaan sains untuk membantu kehidupan manusia mengabdikan diri kepada Allah SWT.

Teknologi ini merujuk kepada dua kemahiran iaitu kemahiran dalam bidang pembuatan atau pengeluaran, serta kemahiran dalam bidang arkitek dan kejuruteraan.




KEJURUTERAAN DARI ASPEK BAHASA

Kejuruteraan termasuk dalam bidang sains gunaan yang berkaitan dengan teori asas dengan mereka bentuk sesuatu hasil keperluan dan kegunaan yang boleh memberi khidmat kepada manusia. Kejuruteraan ialah salah satu aplikasi sains untuk memenuhi keperluan dan kehendak manusia dengan menggabungkan pengetahuan, matematik dan pengalaman untuk membentuk serta mereka cipta sesuatu objek atau proses.

Dalam erti kata lain, kejuruteraan adalah satu disiplin, seni, kemahiran, kerjaya dan teknologi yang menggunakan kaedah saintifik, ekonomi, matematik, sosial, dan ilmu amali bagi mereka bentuk serta membina struktur, mesin, peralatan, sistem, bahan dan prosesnya. Kejuruteraan secara umumnya ialah penggunaan pengetahuan sains dan matematik untuk menyelesaikan masalah-masalah praktikal. Pengetahuan itu digabungkan dengan pengalaman yang dipraktikkan sebaik-baiknya menggunakan bahan dan sumber semula jadi.

Kejuruteraan ialah satu bidang yang memerlukan kepakaran yang dipersembahkan melalui amalan sains gunaan, matematik, fizik, dan sains sosial. Kesimpulannya, kejuruteraan boleh dilihat dalam beberapa aspek, iaitu kejuruteraan awam, kejuruteraan mekanikal, kejuruteraan aeroangkasa, kejuruteraan aeronatik, kejuruteraan eletronik, kejuruteraan bahan, kejuruteraan robotik dan kejuruteraan elektrik. Pengamal kejuruteraan professional dipanggil jurutera. Kejuruteraan juga membawa maksud proses mereka bentuk teknologi dengan kaedah yang paling efisyen.



KEJURUTERAAN DARI ASPEK KEILMUAN ISLAM

Kejuruteraan ialah satu disiplin yang berkaitan dengan kepandaian dalam penggunaan teknologi secara efisyen bagi tujuan kebaikan kepada manusia. Kejuruteraan dalam Islam digunakan untuk membantu manusia memenuhi tugas sebagai khalifah secara lebih berkesan.

Kajian-kajian telah menunjukkan sumbangan para sarjana dan jurutera Islam tersebar ke Benua Eropah, khususnya Andalus (Sepanyol) dan Itali. Dalam bidang kejuruteraan awam, penciptaan kubah dan menara masjid membuktikan kefahaman dan kemahiran kejuruteraan awam hidrologi diperkenalkan dan beberapa buah terusan telah dibina. Terusan yang utama ialah terusan yang menghubungkan Sungai Nil dengan Laut Merah.

Rekaan-rekaan menarik juga dapat dihasilkan dengan segala kemahiran dan kefahaman ilmu para sarjana Islam dalam segala bidang kejuruteraan pada zaman itu apabila menggabungkannya dengan rekaan seni-seni halus. Pada abad ke-8M, jurutera-jurutera Islam telah mempelajari teknologi membuat kertas dan mendirikan beberapa buah kilang kertas di Samarqand dan Baghdad. Pada awal abad ke-9M, Khalifah Harun al-Rashid telah menghadiahkan sebuah jam air yang sunggu menarik kepada Raja Charlemagne.

Perkembangan semasa di Malaysia turut mendorong permintaan yang tinggi terhadap profesion kejuruteraan. Isu ini dapat dilihat hamper setiap hari jawatan kosong sebagai jurutera diiklankan di dalam akhbar-akhbar tempatan dan media elektronik. Walaupun skop kerjaya ini agak mencabar, namun mampu memberikan kepuasan kepada para jurutera. Tambahan pula, gaji dan imbuhan yang diberikan agak lumayan sekali gus mampu menarik minat golongan muda untuk menceburi bidang kejuruteraan ini.




CIRI-CIRI SAINS ISLAM

Sains Islam ialah sains yang lahir dan berkembang hasil dari dukungan dan sumbangan ahli-ahli sains Islam. Merupakan satu entiti yang tidak boleh dipisahkan kerana setiap cabang ilmunya saling melengkapi dan merujuk kalimah tauhid. Sains Islam telah mencapai kegemilangan dalam pelbagai bidang ilmu seperti ilmu astronomi dan ilmu senibina pada zaman perkembangan Islam bermula pada abad ke-7M sehingga abad ke-16M. Sains Islam bergerak di atas paksi akidah membawa satu mesej agung, iaitu mentauhid dan mengagungkan Pencipta alam semesta. Keadaan ini dapat dilihat pada ciri-cirinya yang unik dan bersifat teologisme.

Terdapat lima ciri-ciri sains Islam, iaitu keagamaan, saintifik, universal, bersepadu dan harmoni.


i)                  KEAGAMAAN

Ciri keagamaan menuntut bidang sains islam menerima wahyu sebagai sumber utama penyuburan dan pengembangan ilmu setiap kajian ke atas sains dilakukan berpaksikan wahyu dan akal manusia. Kaedah, teknik serta proses penyelidikan yang melibatkan sains tabii adalah berteraskan petunjuk-petunjuk al-Quran dan hadis.

Nilai-nilai baik atau buruk, pahala atau dosa merupakan asas sains yang berfungsi dalam kehidupan manusia, hukum sebab musabab dan penyelidikan sebagai satu ibadat merupakan destini akhir kajian sains untuk mencari bukti kebesaran Allah S.W.T.

Sains dalam islam terikat dengan batasan hukum dan etika islam. Saintis dan teknorat yang berjaya ialah mereka yang mematuhi segala arahan, dan meninggalkan segala larangan serta menyeru kepada kebaikan. Walaupun mereka ialah golongan tenokrat yang mampu mengkaji alam dengan keupayaan yang mereka miliki, namun mereka masih lagi berpegang dan terikat dengan batas-batas hukum dan etika yang telah digariskan dalam Islam.

ii)                SAINTIFIK

Sains dalam islam menggunakan kaedah emprikal yang diperkenalkan oleh saintis islam sejak abad ke 7 masihi.dengan adanya formula dan alatan alatan yang berbentuk klinikal dan telah diuji di dalam makmal, maka kaedah kaedah sistematik dapat diwujudkan,pendekatan yang saintifik berasaskan roh keilmuan islam telah melahirkan para saintis(berstatus maha guru) dalam bidang bidang yang pelbagai.

iii)             UNIVERSAL

Sains islam adalah bersifat universal atau sejagat kerana bukan sahaja dihasilkan oleh muslim semata mata,malah bukan muslim.tiada Batasan demografi dan geografi dalam  bidang kajian sains.Sesiapa sahaja yang mampu menghasilkan sesuatu kebaikan dan mendatangkan kemanfaat kepada alam,maka dialah yang layak digelar saintis islam.bidang kajian sains juga tidak mengenal Batasan tajuk dan arena.apa apa jua perkara yang menyumbang kepada  kebaikan dan menolak kemudaratan,maka itulah hakikat sains islam.

iv)                BERSEPADU

Ciri-ciri bersepadu ialah tiada istilah pemisahan antara ilmu sains atau bukan sains. Mempelajari dan menggunakannya adalah dituntut berdasarkan ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah.

Setiap kajian atau operasi dalam Sains Islam mengambil kira sifatnya yang menyeluruh dan saling berkait. Kajian fizikal adalah berhubung terus dengan kajian metafizikal. Elemen ketuhanan tidak boleh dipisahkan dengan elemen-elemen yang nyata dan sahih. Kesemua aktiviti sains tertakluk kepada sudut pandangan yang bersepadu dan saling berhubungan.


v)                HARMONI

Harmoni bermaksud tiada percanggahan antara sains dan agama. Dua perkara ini saling bersatu dan menghormati satu sama lain. Agama digunakan untuk menyelaraskan segala aktiviti kajian, penyelidikan, dan tadbir urus hidup manusia. Manakala sains pula berfungsi sebagai mekanisme untuk mengeksplorasi dan membongkar rahsia alam fizikal dan metafizikal. Perkaitan kedua-duanya yang berlawanan, namun tetap harmoni.

Sesuatu itu tidak dinamakan Sains Islam apabila kepentingan dunia dipinggirkan semata-mata ingin mencapai kebahagiaan di akhirat. Dalam hal ini, untuk mencari kebahagiaan dan kepentingan dunia, kita tidak seharusnya meninggalkan dan meminggirkan urusan dan kepentingan akhirat, begitu juga sebaliknya. Keharmonian antara dua entiti, iaitu duniawi dan ukhrawi perlulah dipupuk dengan seimbang demi mencari redha Allah serta semua kajian yang dijalankan adalah untuk menuju kepada matlamat yang sama, iaitu pengabdian diri kepada Allah SWT.



PERANAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

i)                  MEMBANTU MANUSIA MENGENALI ALLAH SWT SEBAGAI PENCIPTA ALAM

Ayat al-Quran banyak menyebut dan mengalakkan kita manusia untuk berfiki, menyelidik dan mengkaji. Penyelidikan Islam adalah berasaskan kepada wahyu Allah dan membawa setiap kajian ke arah satu kepuasan yang ditentukan iaitu dengan menunjukkan tanda-tanda kekuasaan Allah yang menjadikan segalanya

Kewujudan alam ini adalah sebagai tanda kewujudan dan kebesaran pencipta. Firman Allah SWT dalam Surah Ali ‘Imran yang bermaksud “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi ,dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda (kekuasaan,kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah)bagi orang -orang yang berakal.”(Surah Ali ‘Imran:190)

Islam menetapkan sebarang perkara yang melibatkan kajian sains hendaklah berada dalam kerangka dan panduan syariat bagi tujuan kebaikan manusia dan keredhaan Illahi.

Dapatan sains Islam menjadikan saintis lebih dekat kepada Allah SWT, sebaliknya dapatan sains Barat lebih menjadikan manusia bongkak dan jauh daripada Allah SWT.

Teknologi dan kejuruteraan Islam lebih mendidik hati dan fikiran manusia tentang keagungan Allah SWT melalui kecanggihan ciptaan manusia, sementara teknologi dan kejuruteraan Barat sekadar untuk menunujukkan kehebatan daya fikir manusia untuk kepentingan diri.

Teknologi digunakan untuk memudahkan kerja-kerja manusia, namun ia mesti membawa manfaat sebenar dan tidak membawa kerosakan dan kemusnahan kepada manusia dan alam sejagat. Dengan mengkaji alam tabii’ seperti sifat,peraturan dan hukum alam akan mendapat gambaran bahawa ada pencipta dan pengatur kepada segala sifat,peraturan dan hukum yang ada di alam ini

Teknologi  adalah cabang ilmu praktik(sina’ah)iaitu ilmu untuk mencapai tujuan praktik yang bertunjangkan tauhid,berimbang dan berseimbang dengan alam tabii’,terkekang dalam lingkungan had Syariah,terlaksana mengikut system etika Islam yang mengutamakan keadilan dan dipertanggungjawabkan kepada manusia sebagai khalifah dan hamba Allah di dunia .Ilmu sains melahirkan teknologi.Teknologi (mengikut Merriam-Webster Dictionary ,The American Herritage Dictionary of the English Language:Fourth Edition dan WordNet Dictionary ),boleh didefinisikan sebagai, “Pengaplikasian atau pengunaan ilmu terutamanya ilmu sains secara praktikal dan digunakan terutamanya dalam bidang perdagangan dan industri untuk kemanfaatan manusia.”Justeru,ilmu sains merupakan alat penting untuk membina teknologi namun ilmu sains bukanlah teknologi .Sebagai contoh,sains membicarakan tentang teori atom dan datripada itu lahirlah teknologi yang menghasilkan kuasa atom.”


ii)                MEMBANTU MANUSIA SUPAYA BERTAFAKUR

Penyelidikan sains teknologi dalam Islam akan membawa seseorang kepada sifat-sifat tafakkur dan memberi kesedaran kepada manusia melalui penggunaan akal.
Penyelidikan sains melalui wahyu-wahyu membawa kepada penerimaan kebesaran Allah SWT seperti yang dijelaskan dalam Al-Quran surah Al- Baqarah iaitu:


Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi ,silih bergantinya malam dan siang,bahtera yang belayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia,dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati(kering)-nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan,dan pengisaran angina dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi ;sungguh terdapat tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah)bagi kaum yang memikirkan”                                                                                                         (Surah Al-Baqarah:164)



iii)             MEMBANTU PELAKSANAAN SYARIAT

Kajian sains dan teknologi dalam Islam adalah didorong oleh kepentingan oleh kepentingan dalam pelaksanaan syariat Islam.Pelaksanaan syariat akan berjalan lancar jika sekiranya masyarakat Islam membangunkan peraturan perhubungan antara mereka. Kepentingan untuk mengatur beberapa hubungan ini boleh dilihat kepada hubungan manusia dengan Allah SWT, hubungan manusia sesama manusia serta hubungan manusia dengan alam.




iv)              MENENTUKAN DAN MEMBUAT RAMALAN TENTANG SESUATU PERKARA

Melalui hasil kajian sains, manusia dapat menentukan tarikh dengan melakukan cerapan. Contohnya tarikh awal puasa, tarikh perayaan dan lain-lain. Manusia juga dapat menggunakan akal dan pengetahuannya untuk meramal perubahan cuaca.


v)                MEMBUGAR BUDAYA BERKARYA DAN BERINOVASI

Dengan mengkaji alam dan sains teknologi, secara tidak langsung, manusia dapat menghasilkan suatu karya dan mencipta sesuatu melalui kajiannya.


vi)              DAPAT MEMBANTU MANUSIA DALAM MEMENUHI KEPERLUAN MATERIAL DAN KEHIDUPAN SEHARIAN YANG DIPERLUKAN

Penciptaan sains dan teknologi secara tidak langsung memenuhi keperluan asasi manusia seperti makanan, tempat tinggal, pakaian, pendidikan, perubatan, pengangkutan dan lain-lain. Selain itu, kehidupan manusia menjadi lebih selesa serta dapat memenuhi keperluan dharuriyat dan hajiyat manusia itu



IMPAK/KESAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
Sains teknologi dan kejuruteraan yang telah dilaksanakan sejak zaman Nabi telah mendatangkan banyak kemudahan hingga ke masa kini. Sehingga kini, pada zaman yang semakin canggih, kajian terhadap sains dan teknologi semakin berkembang hebat. Seperti biasa, setiap yang terjadi dan berlaku akan memberikan kesan ataupun impak dalam kehidupan seharian. Kemajuan teknologi kini sebahagian daripada matlamat kepentingan hidup seseorang manusia yang dapat memperkukuhkan keimanannya terhadap Allah S.W.T.

Allah S.W.T berfirman:
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Dia menciptakan manusia daripada sebuku darah beku. Bacalah dan Tuhanmu yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, dia mengajar apa yang tidak diketahuiNya.”




IMPAK PENGABAIAN SAINS DAN KEJURUTERAAN KE ATAS UMAT ISLAM
i)                  BIDANG SOSIAL

Impak pengabaian sains dan kejuruteraan ke atas umat islam dalam bidang sosial pada masa kini adalah maruah umat islam akan dipandang hina dimata agama lain. Umat islam juga akan terpengaruh dengan ciptaan barat dimana melalaikan dan merosakkan akidah kerana telah mengabaikan ilmu sains dalam kejuruteraan. Ini akan mengakibatkan umat islam akan ketinggalan jauh berbanding umat dan bangsa lain yang lebih maju.


ii)                BIDANG EKONOMI

Impak pengabaian sains dan kejuruteraan ke atas umat Islam dalam bidang ekonomi pula ialah mengamalkan sistem ekonomi yang mengutamakan keuntungan pihak yang mempunyai kuasa. Kebanyakan penguasaan ekonomi akan diterajui oleh pihak Barat. Dan ia akan bergantung kepada kepakaran, sumber, bekalan, peralatan dan pengurusan barat kerana lebih menonjol dan menguasai ekonomi dunia.


iii)             BIDANG POLITIK

Impak pengabaian sains dan kejuruteraan ke atas umat Islam dalam bidang politik pada masa ini pula Sistem pemerintahan yang lebih menjurus kepada pihak Barat. Umat islam akan lebih mudah menjadi pengikut dan takut kepada pemerintahan barat kerana tidak mempunyai kuasa atau ilmuan dalam bidang teknologi. Golongan umat islam juga tidak mampu mempertahankan diri dari serangan Barat serta mengharapkan bantuan Barat. Ini akan menunjukkan umat islam begitu lemah terhadap golongan Barat.
iv)              BIDANG PENDIDIKAN

Impak pengabaian sains dan kejuruteraan ke atas umat islam dalam bidang pendidikan pula adalah proses pendidikan yang mengasingkan ilmu intelektual dan ilmu wahyu. Ini akan mengakibatkan para pelajar dan murid tidak tahu tujuan untuk belajar. Mereka akan menjadi lebih pengikut dari menjadi peneraju kerana rujukan yang dirujuk dihasilkan oleh orang bukan islam.

v)                BIDANG SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

Impak pengabaian sains dan kejuruteraan ke atas umat islam dalam bidang teknologi pula terikat dengan Negara asing yang mengeluarkan teknologi yang canggih. Perkara ini akan lebih memberikan keuntungan yang besar kepada dunia teknologi Barat. Manakala, umat islam akan berasa tidak mampu dan tidak perlu untuk menciptakan teknologi baru kerana merasakan teknologi sedia ada mencukupi. Apabila umat islam membuat perkara sebegitu ini akan mengakibatkan umat islam akan ketinggalan jauh ke belakang dari pihak barat.



KEBAIKAN DAN KEBURUKAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN TERHADAP UMAT ISLAM


BIDANG PERTAHANAN
KEBAIKAN
KEBURUKAN
Ø  Dapat menangani masalah jenayah di dalam Negara.
Ø  Menyebabkan berlaku rusuhan.
Ø  Mampu melindungi Negara dari serangan musuh- musuh.
Ø  Membawa kemusnahan dunia termasuklah alam dan nyawa yang terkorban.

BIDANG TEKNOLOGI MAKLUMAT
KEBAIKAN
KEBURUKAN
Ø  Membolehkan masyarakat mendapatkan maklumat dengan mudah.
Ø  Generasi muda terpengaruh dengan kelebihan teknologi.
Ø  Maklumat dapat dicapai dengan pantas dan dapat berhubung antara satu sama lain tanpa sempadan.
Ø  Teknologi mengabaikan nilai-nilai murni.

BIDANG BIO-TEKNOLOGI
KEBAIKAN
KEBURUKAN
Ø  Membantu dalam penghasilan baka, benih dan racun dalam sektor pertanian.

Ø  Sumber genetik yang digunakan untuk mengubah suai makanan mengandungi bahan yang dilarang dalam syarak.
Ø  Teknik dan teknologi pertanian mengalami tranformasi.
Ø  GMF(Genetically Modified Food) memberi kesan terhadap kesihatan manusia kerana mengandungi bendasing yang tidak diketahui kesan buruknya.



BIDANG PENGKLONAN
KEBAIKAN
KEBURUKAN
Ø  Memberi pengetahuan baharu kepada manusia.
Ø  Meyimpang dari landasan agama yang sebenar kerana menyalahi dan melanggar  ciptaan Allah S.W.T.





BIDANG PERUBATAN (Stem Cell)
KEBAIKAN
KEBURUKAN
Ø  Penemuan penawar penyakit tertentu.

Ø  Dapat menyelamatkan ramai manusia.
Ø  Penggunaan embryonic stem cell bakal disalahgunakan untuk kegunaan pengklonan manusia.




BIDANG TEKNOLOGI LASER
KEBAIKAN
KEBURUKAN
Ø  Menggantikan peranan kabel dengan fiber optik untuk bidang komunikasi dan perindustrian.
Ø  Penyelewengan penggunaan akan berlaku.
Ø  Maklumat yang dihantar adalah lebih cepat dan tepat serta meminimumkan kehilangan data.
Ø  Mudah diubah suai oleh golongan yang mahir dan pakar.




PENCAPAIAN TAMADUN ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
Ketamadunan sains teknologi dan kejuruteraan dalam Islam bukanlah perkara asing dalam pencapaian kemajuan dunia. Sarjana Islam telah mempelopori kebanyakan bidang sains gunaan ini dalam menghasilkan pelbagai dapatan, penerokaan, inovasi dan hasil metod yang terkini.


KEPERLUAN UNTUK MENGKAJI SEJARAH DAN KAITAN DENGAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJUTERAAN
Al-Quran telah menjelaskan dan menunjukkan betapa pentingnya sejarah dan hubungannya dengan kewujudan sesebuah tamadun manusia melalui peristiwa-peristiwa serta contoh-contoh umat terdahulu. Kisah yang dipaparkan diceritakan dalam Al-Quran sebenarnya merupakan satu peristiwa yang benar-benar berlaku dan perlu dijadikan pengajaran kepada kita pada hari ini.
Allah SWT telah berfirman di dalam Al-Quran berkaitan dengan peristiwa sejarah yang dianggarkan sebanyak 1000 ayat. Di dalamnya terdapat kisah-kisah nabi dan rasul, contohnya tentang kehebatan kerajaan Thamud, Kaum ‘Ad, Kaum Madyan dan keingkaran raja Firaun.
Tujuan dan matlamat utama kisah-kisah dan peristiwa tersebut dinyatakan di dalam al-Quran seperti yang berikut.

i)                  MENJADI CONTOH DAN TELADAN

Kisah para nabi dalam al-Quran bukan sekadar paparan, sebaliknya mengajak manusia berfikir tentang pengalaman lalu sebagai teladan kepada generasi seterusnya, Firman Allah SWT dalam surah Yusuf.


“Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka terdapat pengajaran bagi orang yang berakal. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) bukanlah cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab agama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah, petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman.”

                                                                                          Surah Yusuf 12:111

ii)                MENGESAHKAN KEBENARAN AL-QURAN
Umat manusia kini sering memerlukan bukti terhadap kebenaran sesuatu perkara. Maka, segala kisah yang diceritakan di dalam Al-Quran bertujuan mengesahkan bahawa Al-Quran ialah kitab yang diwahyukan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW sebagai panduan hidup manusia. Di dalam Al-Quran tiada satu perkataan yang makna dan implikasi untuk menjadi panduan umat Islam. Susun atur ayat di dalam Al-Quran sudah cukup membuktikan bahawa gaya bahasanya bukanlah ciptaan manusia.




iii)             SATU KAEDAH UNTUK MANUSIA BERFIKIR

Kisah dan peristiwa yang berlaku dan diceritakan dalam Al-Quran adalah untuk mendidik manusia. Bermula dengan daya fikir dan disusuli dengan kefahaman, maka manusia akan menganalisis setiap episod dalam sejarah sebagai bahan berfikir yang berstatus tindakan berimpak dan membina motivasi manusia.

iv)              UNTUK MEMBENARKAN JANJI BAIK DAN BURUK DARIPADA ALLAH SWT

Segala peristiwa yang dijelaskan dalam Al-Quran adalah untuk membuktikan bahawa segala perkara yang dijanjikan Allah SWT ialah suatu yang benar. Tiada satu pun dalam kisah lampau yang tiada elemen-elemen asuhan dan didikan kepada umat. Jatuh bangun serta berjaya atau gagalnya sesuatu perkara merupakan sebuah janji yang ditepati Allah SWT. Amalan buruk dibalas dengan azab, manakala amalan baik dijanjikan dengan ganjaran pahala dan balasan yang baik.


SEJARAH SAINS DAN TEKNOLOGI ZAMAN NABI
Al-Quran banyak menceritakan kisah dan peristiwa-peristiwa yang berlaku pada zaman nabi dan umat terdahulu. Allah SWT menceritakan peristiwa-peristiwa tersebut adalah sebagai pedoman dan panduan kepada manusia pada hari ini. Berikut adalah antara kisah yang terdapat dalam Al-Quran berkenaan dengan sejarah umat terdahulu.


i)                  KISAH NABI ADAM A.S.

Nabi Adam a.s merupakan nabi dan manusia pertama bergelar khalifah Allah SWT. Baginda diciptakan setelah Allah menjadikan dunia. Pada ketika itu, Nabi Adam tidak mempunyai apa-apa pengetahuan sehinggalah Allah mengajarkannya ilmu-ilmu melalui perantaraan malaikat Jibril a.s.. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah.


“Dan Dia telah mengajarkan Nabi Adam akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian dipaparkan kepada malaikat lalu berfirman: Terangkanlah kepada-Ku nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar.”

                                                                                          Surah al-Baqarah 2:31


ii)                KISAH NABI IDRIS A.S.

Terdapat dua ayat sahaja di dalam Al-Quran yang menceritakan kisah Nabi Idris, iaitu dalam surah Maryam :


“Dan ceritakanlah (hai Muhammad pada mereka kisah) Idris (yang tersebut) dalam al-Quran. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang nabi. Dan Kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi.”

                                                                                          Surah Maryam 19:56-57


Nabi Idris ialah keturunan ke-6 Nabi Adam dan orang yang pertama menulis menggunakan pena dan mengenakan baju yang berjahit. Bahkan, Nabi Idris jugalah yang menjadi orang pertama menggunakan kulit sebagai pakaian (Ab. Aziz Ismail, 2008)


iii)             KISAH NABI NUH A.S.

Nabi Nuh a.s. ialah nabi keempat selepas Nabi Adam, Syith dan Nabi Idris a.s.. Baginda menyampaikan dakwah selama 950 tahun tetapi ditolak oleh kaumnya. Akibat keingkaran kaumnya, Allah SWT telah memerintahkan Nabi Nuh a.s. untuk membina kapal bagi menyelamatkan diri apabila muism banjir melanda kelak. Baginda juga pakar dalam bidang sains, matematik dan teknologi logam.



iv)              KISAH NABI IBRAHIM A.S.

Baginda ialah putera kepada Azar seorang menteri kepada Raja Namrud dan seorang ahli bintang. Nabi Ibrahim a.s. juga pakar mengenai perjalanan cakerawala di langit. Firman Allah SWT dalam surah al An’am:


“Dan sedemikianlah Kami perlihatkan kepada Ibrahim tanda-tanda keagungan Kami yang terdapat di langit dan di bumi, supaya menjadilah ia daripada orang-orang yang penuh yakin.”

                                                                                          Surah al-An’am 6:75

                                       


v)                KISAH NABI DAUD A.S.

Daud bin Yisya ialah keturunan ke-13 daripada Nabi Ibrahim a.s. yang tinggal di Baitul al-Laham. Allah SWT mengurniakan ketelitian, kebijaksanaan ilmu pengetahuan serta kesempurnaan ilmu kepada Nabi Daud a.s.

Antara kepakaran Nabi Daud a.s. ialah teknologi dalam pembuatan baju besi. Allah mengajar baginda cara-cara membuat baju besi untuk kegunaan peperangan. Firman Allah SWT dalam surah al-Anbiya’:


“Dan telah Kami ajarkan kepada Daud membuat baju besi untuk kamu, untuk memelihara kamu dalam peperanganmu; maka hendaklah kamu bersyukur (kepada Allah)”

                                                                                          Surah al-Anbiya’ 21:80




vi)              KISAH NABI SULAIMAN A.S.

Allah SWT mengurniakan kelebihan kepada Nabi Sulaiman a.s., iaitu dapat memahami semua Bahasa termasuklah bahasa haiwan. Beliau juga merupakan seorang nabi yang mempunyai sebuah kerajaan yang luas pemerintahannya meliputi makhluk jin. Allah SWT memudahkan golongan itu bekerja dengan bahinda. Allah SWT berfirman dalam surah Saba’:


“Dan Kami kurniakan kepada Nabi Sulaiman kuasa menggunakan angin untuk perjalannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan; dan Kami alirkan baginya mata air dari tembaga; dan Kami mudahkan sebahagian dari jin untuk bekerja di hadapannya dengan izin Tuhannya dan sesiapa dari jin itu yang menyeleweng daripada perintah Kami, Kami akan merasakannya (pukulan) dari azab neraka.”

                                                                                          Surah Saba’ 34:12





TEKNOLOGI KAUM TERDAHULU DAN PENGAJARAN DARIPADA PERISTIWA YANG BERLAKU
Pencapaian tamadun dalam bidang teknologi pada zaman lampau adalah hasil usaha kesarjanaan masyarakat pada ketika itu . Peristiwa yang mereka  lakarkan mmerupakan bahan pengajaran untuk bahan pengajaran untuk umat sejagat yang menjadi guru paling berkesan dalam  mendepani  cabaran yang mmendatang.
Kaum terdahulu  terdiri daripada tiga kaum iaitu  Kaum Ad’, Kaum Thamud dan Teknologi Firaun.


i)                    KAUM ‘AD

Kaum Ad merupakan kaum Nabi Hud. Dari segi pencapaian teknologi, kaum ini pakar dalam membina bangunan yang tinggi-tinggi tiangnya. Pencapaian yang kedua ialah merupakan kaum yang sangat kuat dan kukuh dari segi sistem pemerintahan. Kaum ini diturunkan balasan kealpaan (balasan yang setimpal), iaitu Allah SWT telah membinasakan mereka kerana ingkar kepada perintah-Nya. Selain itu, Allah membinasakan mereka dan bangunan–bangunan yang tinggi dengan ribut yang kencang.


ii)                  KAUM THAMUD

Kaum Thamud pula ialah kaum Nabi Soleh. Pencapaian teknologi yang ada pada kaum tersebut ialah kepakaran dalam memahat  batu-batu  besar yang  dapat  dilihat di lembah (Wadil-Qura, iaitu tempat tinggalnya).Kaum ini juga mendapat balasan kealpaan, dimana kaum itu telah dibinasakan oleh Allah SWT dengan letusan suara yang sangat menggemparkan pada waktu pagi. Selain itu, mereka juga telah dibinasakan dengan petir yang sangat dahsyat.


iii)                TEKNOLOGI FIRAUN

Akhir sekali , kaum terdahulu yang dikenali sebagai Teknologi Firaun . Ianya mempunyai kepakaran yang tersendiri iaitu kepakaran dalam menguasai bangunan- bangunan yang dibina dengan kukuh . Balasan kealpaan yang diturunkan oleh kaum tersebut ialah negeri mereka dibinasakan oleh Allah SWT. Kaum tersebut juga ditenggelamkan oleh Allah akibat kesombongan dan keingkaran mereka .



SEJARAH SAINS DAN TEKNOLOGI PADA ZAMAN RASULULLAH SAW DAN ZAMAN KERAJAAN ISLAM
Tiada keraguan yang dapat menafikan bahawa zaman Rasulullah SAW dan era para sahabat merupakan asas kepada perkembangan sains teknologi dan kejuruteraan. Islam bukanlah agama ritual dan eksklusif semata-mata. Sebaliknya islam ialah sistem hidup yang dinamik, fleksibel, dan berpijak di bumi yang nyata bukanlah dibumi khayalan.
Terdapat 5 kronologi dan pencapaian dalam sejarah sains dan teknologi ini


i)                  ZAMAN RASULULLAH SAW

Antara 5 kronologi itu ialah Zaman Rasulullah SAW. Pencapaian pada zaman Rasulullah meletakkan asas sains dan teknologi berdasarkan syariat yang ditetapkan dalam islam. Sainsnya juga berdasarkan ayat-ayat Al-Quran dan hadis. Rasulullah SAW mengamalkan konsep mengubati pesakit dengan membaca ayat-ayat Al-Quran. Zaman ini juga mereka harus menuntut dan mengkaji tentang manusia, tumbuh-tumbuhan, dan lain-lain. Madinah dan Mekah merupakan tapak Sains Islam.

ii)                ZAMAN KHULAFA’ AL-RASYIDIN

Zaman kronologi yang kedua ialah Zaman Khulafa’ al-Rasyidin. Antara pencapaian yang dapat dicapai pada zaman ini ialah perluasan wilayah sehingga ke Romawi dan Parsi. Di zaman ini, muncul persenjataan dan peralatan perang yang lebih efektif. Pada zaman ini juga ada pertembungan yang berlaku tentang sains islam dengan 3 wilayah yang terlibat iaitu Yunani, Parsi dan Romawi.


iii)             ZAMAN KERAJAAN UMAYYAH

Zaman kronologi yang ketiga iaitu Zaman Kerajaan Umayyah. Antara pencapaiannya ialah perkembangan ilmu sains sudah mula tersebar dengan meluas . Pada zaman ini terciptanya beberapa teknologi yang baru seperti perkapalan, alat peperangan, dan pertanian. Selain itu, zaman kronologi yang keempat iaitu dikenali zaman Kerajaan Abbasiyyah. Terdapat beberapa pencapaian iaitu munculnya Pusat Sains Islam di Baghdad. Seterusnya, munculnya Baitul Hikmah (Gedung Kebijaksanaan ) ataupun dikenali sebagai pusat pembelajaran dalam kegiatan sains dan teknologi. Dengan adanya Baitul Hikmah, tidak mustahil pada zaman ini melahirkan cendekiawan muslim yang ramai. Wujud juga balai cerap dan hospital.

iv)              ZAMAN KERAJAAN ISLAM DI ANDALUS

Zaman Kronologi yang terakhir ialah Zaman Kerajaan Islam di Andalus. Antara pencapaian yang dibuat atau dilaksanakan ialah pusat-pusat Sains dan intelektual muncul di kota seperti Cordova, Granada, dan Seville  manakala Sains teknologi dan kejuruteraan bertambah dan berimpak tinggi.



SUMBANGAN SARJANA ISLAM DALAM PENCAPAIAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

i)                  AL-RAZI (865-925M)

Tokoh pertama iaitu Al-Razi. Nama sebenarnya ialah Muhammad bin Zakaria. Al-Razi dalam Barat disebut Rhazes. Lahir di Ray berhampirandengan Taheran, Parsi. Beliau merupakan tokoh perubatan Islam. Antara karyanya ialah Kitab al-Hawi, dan yang paling terkenal adalah Kitab Tib al-Mansur dan Kitab al-Tib al-Ruhani. Sumbangannya adalah mengenal pasti perbezaan penyakit cacar dan campak.



ii)                AL-KHAWARIZMI (780-850M)

Tokoh Kedua iaitu Al-Khawarizmi. Nama sebenarnya Muhammad ibn  Musa  al-Khawarizmi . Beliau dianggap sebagai bapa al- Jabar. Beliau juga merupakan tokoh matematik dan tokoh algebra. Karyanya diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada 1120M dengan judul De Numero Idorom. Antara karya yang terkenal adalah al- Jami’ Wa, al -Jabar  dan Kitab al-Mukhtasar fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah. Antara sumbangannya dalam bidang geometri ialah memperkenalkan konsep segitiga sama, mengira luas segitiga, segi empat dan bulatan serta  memperkenalkan algebra. Turut berperanan dalam bidang  mekanikal  tentang bagaimana menentukan ketumpatan spesifik dan berat kegravitian (tarikan bumi dan keapungan). Beliau merupakan penyumbang kepada bidang astronomi dengan membuat beberapa jadual perjalanan matahari yang dikenali dengan nama Zij. Jadual ini digunakan sebagai rujukan kepada pusat pengajian di Timur dan Barat. Antara buku beliau adalah Kitab al-Rakhamah, Kitab Zij al-Awwal, Kitab Zij al-Thani dan lain-lain.



iii)             IBN SINA (370-480H / 980-1037M)

Tokoh Ketiga iaitu Ibn Sina. Nama sebenar adalah Abu Ali Hussain bin Abdullah bin Sina. Beliau dilahirkan di Ashfara,  berhampiran Bandar Bukhara. Di Barat beliau dikenali dengan nama Avicenna. Beliau dikenali dengan nama tokoh perubatan agung dalam dunia Islam dan juga di Barat dikenali sebagai ‘al-Sheikh al-Rais’ atau  ‘Prince of Physicians’. Beliau merupakan tokoh perubatan Islam yang agung. Karyanya yang terkenal adalah Qanun fi al-Tibb (Canon of Medicine). Karya Qanun fi al-Tibb mengandungi 5 buku dan merupakan enskiopedia perubatan. Antara sumbangannya adalah menganalisa pelbagai jenis penyakit dan telah menjadi doktor kepada beberapa khalifah al-Gurgan, Hamadan dan Isfahan. Beliau juga orang pertama yang menemui ubat bius dan turut menyumbangkan kepada bidang mekanikal.





iv)              AL-ZAHRAWI (936-1013M)

Tokoh Keempat  Al-Zahrawi. Nama sebenarnya Abu Qasim al-Zahrawi. Di Barat dikenali dengan nama Abu Casis. Beliau merupakan tokoh pembedahan dan pakar bedah serta pernah berkhidmat sebagai doktor di istana al-Hakam II. Karya beliau dalam bidang bedah iaitu Kitab al-Tasrif. Beliau menghasilkan karya mengenai penyediaan dadah daripada tumbuhan, mineral dan haiwan dengan nama Latinnya ialah Liber Servitoris. Antara sumbangan lain adalah mencipta teknik pembedahan dan mencipta alat pembedahan.


v)                AL-BATTANI (858-929M)

Tokoh Kelima  ialah Al-Battani. Nama sebenarnya ialah Muhammad ibn Jarir Sinan Abu Abdullah al-Battani dan dilahirkan di Battan. Di Barat beliau dikenali dengan nama Albategannius. Beliau merupakan tokoh matematik dan astronomi. Beliau memperkenalkan teorem tangent, kotangen, sinus dan kosinus serta menghasilkan sifir kotangen. Karya beliau adalah Kitab al-Zij iaitu menerangkan tulisan kritis yang membetulkan pelbagai kesilapan dalam takwim pada masa itu. Beliau mempunyai karya yang lain iaitu Kitab al-Ma’rifat Matali al -Buruj fi Ma Baina  Arba’ al -Falak, Risalah fi Miqdar,Tahqiq al-Ittisalat dan lain-lain . Antara sumbangan beliau adalah dalam bidang trigonometri  iaitu mengemukakan kaedah pengiraan astronomi secara trigonometri. Sumbangan beliau adalah memulakan pencerapan terhadap bintang sejak tahun 264H sehingga tahun 306H.Kejayaannya beliau berjaya dalam menyiapkan jadual gerhana matahari .

vi)              AB RAHMAN AL-SUFI (903-986M)

Tokoh keenam ialah Ab Rahman al-Sufi. Beliau merupakan tokoh dalam bidang astronomi. Beliau merupakan orang pertama menulis mengenai astronomi dan berjaya mengkatalogkan lebih daripada 1000 jenis bintang. Beliau juga memperkenalkan nama-nama bintang iaitu al-ghurab (al-gorab), al-Dabara (adbera), Agrab (acrab), al-Adi (al-Gedi), al-Tair (Altair), dan Dhanah (Deneb).



vii)           JABIR IBN HAYYAN (750-803M)

Tokoh ketujuh iaitu Jabir Ibn Hayyan. Di Barat beliau dikenali dengan nama Geber. Beliau dianggap sebagai ‘Bapa Kimia Arab’, dilahirkan di Kufah. Beliau ialah Tokoh Kimia Islam. Teori kimia beliau adalah logam seperti timah, timah hitam, besi dan suasa (gangsa) boleh bertukar menjadi emas dan perak melalui proses menggunakan bahan-bahan kimia seperti cinnaban (sulphide of mercury), arsenik oksid dan sebagainya. Antara karyanya adalah Kitab Ustuqus al ‘As al Awwal ila al-Baramikah, Kitab Tafsir al-Ustiqus al-Wahid al-Kabir, Kitab al-Rukn dan lain-lain.  Sumbangannya adalah pengasas kepada kaedah penghabluran, penyulingan, pemejalwapan dan penyejatan. Sumbangan lain ialah, mencipta peralatan bagi kardah-kaedah ini dan memperkenalkan istilah kimia dan digunakan di Eropah iaitu alkali,antimoni, alembik (anbique), danalchemy.



viii)         YAQUB IBNI ISHAQ AL-KINDI (800-873M)

Tokoh kelapan iaitu Abu Yusuf Yaqub Ibn Ishaq Al-kindi, atau dikenali sebagai Al-Kindi. Beliau dilahirkan di Kufah, Iraq. Beliau dilahirkan pada abad ke-9 bersamaan 194 M. Ketika beliau berumur 72 tahun, beliau telah meninggal dunia di Baghdad, Iraq. Bapanya adalah gabenor Kufah, sebagaimana datuknya sebelumnya. Pendidikan awal beliau adalah di Basrah dan kemudian beliau berhijrah ke Baghdad untuk meneruskan pengajian beliau. Al-kindi merupakan keturunan suku kaum Kindi yang telah berpindah dari Yemen. Puak ini telah menyatukan sebilangan suku-suku dan mencapai kedudukan yang berkuasa pada abad-abad kelima dan keenam, tetapi kehilangan kuasa pada abad keenam.

Al-kindi telah dilantik menjadi pegawai perubatan dan guru diraja semasa pemerintahan Al-Ma’mun dan Al-Mu’tasim. Pengetahuan tentang pembelajaran yang hebatnya tidak lama kemudian merebak. Khalifah al-Ma’mun melantiknya di rumah kebijaksanaan di Bagdad, yang merupakan pusat yang baru sahaja ditubuhkan bagi penterjemahan teks-teks falsafah dan saintifik orang Yunani. Beliau juga terkenal kerana penulisan seni khatnya yang cantik dan pada suatu ketika pernah bekerja sebagai jurutulis kepada al-Mutawakkil. Al-kindi juga tekun mendalami pelbagai ilmu yang diterjemahkannya dari bahasa yunani. Beliau juga diakui sebagai seorang pelopor peradaban dan ilmu pengetahuan. Buku-buku yang ditulisnya tidak kurang dari 256 judul yang merangkumi falsafah, muzik, astronomi dan ilmu kimia. Melalui buku-buku yang di dokumenkan itulah mengajar umat islam pada zamannya mengenai nada dan bahagian-bahagian muzik sebelum orang Eropah mengetahui mengenai ilmu muzik. Beliau berpendapat bahawa falsafah itu suatu karya yang indah dan Al-kindi juga dikatakan sebagai seorang sarjana yang memahami pelbagai bahasa kuno.

Beliau sangat menyukai muzik dan olahraga. Beliau telah menghasilkan karya Al-Mutanabbi dan karyanya tercatit akhlaknya. Kebanyakkan hasil karya Al-kindi telah hilang dan dipercayai dimusnahkan bersama kota Bagdad akibat serangan Mongol Atiyeh (1996M) telah menyenaraikan karya-karya Al-kindi dalam bidang perubatan. Salah satu dari buku beliau yang diterjemahkan ke bahasa latin berjudul The Book of Optics telah mempengaruhi Roger Bacon dan saintis-saintis lain di Eropah. Al- Kindi merupakan seorang sejarawan islam yang terulung yang menghasilkan falsafah melalui pemikiran di zaman yunani. Hasil karyanya mempengaruhi pemikiran pembangunan di Eropah pada abad ke-13. Beliau merupakan karyawan Arab pertama yang telah menterjemah perkataan yunani kepada bahasa arab dan telah mengabungkan beberapa pandangan Plato dan Aristotle kepada sistem yang baru

Sumbangan Al-Kandi dalam bidang Astronomi iaitu alam al–Quran, surah Ali- ‘imran menggesa umat islam agar memerhati dan menghayati kejadian langit dan bumi, memerhati perjalanan serta kejadian siang dan malam, di mana ia juga merupakan dorongan yang kuat kepada kajian tentang astronomi. Dalam bidang astronomi, Al-kindi telah merujuk kepada pandangan Ptelomy mengenai sistem solar merangkumi pelbagai planet iaitu Marikh, Zuhal, Mustary, Matahari, Bulan dan lain-lain. Beliau mengatakan bahawa segala pergerakan planet-planet merupakan kuasa Allah. Beliau mempercayainya kerana beliau boleh membuktikan bahawa perbezaan cuaca kerana susunan planet-planet dan matahari yang telah ditetapkan pada paksi atau orbit planet-planet tersebut. Al-kindi mengatakan bahawa proses tersebut adalah disebabkan struktur bentuk planet memberi kesan terhadap kejadian dunia, salah satu karyanya yang telah diterjemahkan melalui karya Aristotle iaitu beliau mengakui pergerakan planet adalah disebabkan geselan dari beberapa kawasan yang menghasilkan beberapa elemen bumi iaitu api, air dan tanah. Elemen tersebut telah digabungkan untuk menghasilkan pelbagai bahan di dunia . Keperihatinan terhadap cara menentukan arah kiblat merupakan faktor penting yang mengalakkan orang islam mempelajari ilmu falak. Para astronomi islam telah membina balai–balai cerap di lokasi–lokasi terpilih untuk teropong bintang. Antara balai cerap yang terkenal ialah yang dibina di Maraghah.

Sumbangan kedua Al-Kindi merupakan dalam bidang matematik. Beliau menulis beberapa buah buku yang ditujukan khas bagi sistem nombor, dan banyak menyumbang bagi asas hisab moden. Al-kindi juga telah mempopularkan angka Hindu-Arabic di kalangan orang Arab. Al-kindi telah menghasilkan pengiraan untuk menyelesaikan masalah matematik termasuk arithmetik, geometri, garisan dan darab dengan angka, mengukur masa, jarak dan sebagainya. Beliau telah menulis empat jilid kitab fi isti’mal al-‘adad al-hindi yang diserap melalui sistem pengiraan di India di tengah timur dan barat. Manakala dalam bidang geometri, beliau menghasilkan teori garisan selari dan menyatakan geometri boleh menghasilkan dua garis iaitu garisan yang tiada akhirnya dan mengikut garisan yang logik. Al-kindi sangat menghargai matematik. Hal ini disebabkan kerana matematik bagi al-kindi adalah mukadimah bagi sesiapa sahaja yang ingin mempelajari fisafat. Mukadimah itu penting sehingga tidak mungkin bagi sesorang untuk mencapai keahlian dalam filsafat tanpa terlebih dahulu menguasai matematik. Di dalam bidang matematik, Al –Kindi telah menghasilkan beberapa buah buku mengenai sistem penomboran, yang kemudian menjadi dasar aritmatik moden. Bidang matematik berkait rapat dengan bidang astronomi.

Sumbangan Al-Kindi dalam bidang perubatan, beliau merupakan seorang doctor. Al-Kindi adalah ahli farmakologi pertama untuk menentukan dan menggunakan dos ubat yang betul untuk kebanyakan daripada dadah-dadah yang terdapat pada masa itu. Lebih dari 30 buah buku yang dikarang oleh Al-Kindi dalam bidang perubatan yang diperoleh dari idea Galen dan kebanyakannya ditulis berdasarkan pengalaman beliau sendiri dan beberapa orang Islam pada masa itu . Karya yang paling penting beliau dalam bidang ini ialah mengenai aplikasi matematik dan kuantiti ubat-ubat dalam bidang farmasi. Sebagai contoh, beliau menghasilkan skala matematik untuk menyukat kuantiti dan kekuatan ubat atau dadah dalam system badan. Ia memudahkan doctor mengenal pasti penyakit dan menentukan ketahanan badan manusia . Dalam karyanya yang berjudul Aqrabadhin (formula perubatan), Al-Kindi banyak menghasilkan banyak kandungan atau dos ubat-ubatan termasuk dadah yang diformulasikan dari haiwan dan sumber mineral . Al –kindi juga banyak mengkaji tentang penyakit mata. Bukunya tentang ilmu optik telah ditulis ke bahasa latin dengan nama Optics, dan salah seorang pengikutnya ialah Roger Bacon. Kitab Kimia al Itr iaitu buku mengenai pengasilan minyak wangi melalui bahan-bahan kimia juga merupakan karya beliau yang menceritakan mengenai kandungan dan keperluan dadah (alcohol) dalam perubatan dan penghasilan bahan-bahan kimia.Al-Kindi mempunyai sumbangan dalam bidang muzik.

Beliau juga menonjol dalam kecedasan muzikal. Beliau telah berhasil menyumbangkan karya-karya di bidang muzik. Mereka, khususnya al-kindi, telah menggunakan not muzik sebagai sistem penulisan muzik. Mereka juga menamakan not muzik dengan suku kata yang disebut solmisasi. Sukatan ini menjadi skala dasar bagi muzik saat ini dan kita sangat akrab dengan do, re, mi, fa, so, la, si, do, yang berasal dari alphabet Arab dal, ra, mim, fa, shad, lam, sin. Al-kindi juga telah mengembangkan alat muzik yang disebut ‘ud (mencapai). Ia juga adalah orang yang pertama kali menyatakan manfaat terapi dari muzik untuk menyihatkan keadaan fizikal, emosi dan mental . Dengan yang demikian al-kindi adalah seorang ilmuan ensiklopedia yang memiliki banyak kecerdasan, dimulai dari segi kecerdasan linguistik muzikal hingga natural. Perpaduan kecerdasan ini berkembang sesuai dengan kuatnya minat al-kindi terhadap cabang-cabang ilmu pengetahuan yang ada pada masa itu. Al – Kindi telah meletakkan pelbagai nota yang menghasilkan keharmonian nada suara yang unik dan darjah keharmonian pula bergantung kepada frekuensi nota tersebut. Lebih dari itu, beliau telah mencipta satu kaedah dalam mengenal pasti nada suara. Al- kindi menetapkan bahawa apabila bunyi dihasilkan maka gelombang di udara akan terhasil yang telah memukul gegendang telinga. Hal ini juga ditunjang oleh kedudukannya sebagai seorang penterjemah professional yang mengharuskan dirinya untuk menguasai bahasa dan ilmu pengetahuan yang terdapat dalam semua karya yang diterjemahkannya. Tanpa penguasaan yang memadai terhadap cabang-cabang ilmu tersebut, mustahil ia menghasilkan karya terjemahan yang bermutu.
Pencapaian lain yang dicapai oleh Al-kindi juga merupakan seorang ahli kimia yang termaju, beliau adalah seorang penentang al-kimia. Beliau menunjukkan kesilapan mitos yang logam asas mudah boleh diubah menjadi logam berharga seperti emas atau argentums. Al-kindi menyangkal al kimia yang telah dihasilkan oleh sejarawan yang lain. Beliau telah menghasilkan alcohol sebagai sebatian asli yang menghasilkan tapisan asli alcohol dari tapisan air anggur(wain). Beliau juga telah menghasilkan pelbagai jenis minyak wangi dan beliau dikatakan sebagai ‘bapa’ dalam industri minyak wangi. Beliau juga telah mengembangkan hasil kerjanya dari minyak wangi kepada bahan-bahan kosmetik dan kecantikan.

Al-kindi menulis sekurang–kurangnya 250 buah buku, kebanyakan sumbangannya bagi geometri (32 buah buku), falsafah dan perubatan (22 buah buku setiap satu ), logik (9 buah buku), dan fizik (12 buah buku ). Pengaruhnya dalam bidang fizik, matematik ubat, falsafah dan muzik adalah meluas dan berpanjangan selama beberapa abad. Beliau juga aktif dalam bidang terjemahan. Antara sumbangan besar Al- kindi ialah mengenai 11 teks yang menerangkan mengenai nombor dan analisis nombor.

Al- kindi juga menghasilkan beberapa buah buku- buku dalam pelbagai bidang yang merangkumi bidang seperti astronomi (16 buah buku ), Aritmetik (11 buah buku), psikologi (5 buah buku) dan muzik (7 buah buku). Selain itu, Al – kindi juga menghasilkan tulisan dalam bentuk monograf meliputi bidang astronomi, batu–batan, batu–batu berharga dan sebagainya.


ix)             ABU AL-NASR AL-FARABI (870-950M)

Tokoh kesembilan merupakan Abu Al-Nasr al-Farabi. Nama sebenar Al-Farabi ialah Abu Nasr Muhammad B Turkhan bin al-Uzalagh al-Farabi. Beliau dikenali dengan nama Alpharabius di Barat dan berketurunan Parsi. Beliau mendapat gelaran Al-Farabi kerana kelahirannya di Farab yang juga disebut Kampung Utrar. Bapa beliau merupakan seorang jeneral yang memiliki posisi penting di Parsi manakala ibu beliau berdarah Turki asli. Berdasarkan catatan dari Awarudin Harahap yang bertahun 1981, Al-Farabi dilahirkan pada tahun 258 H bersamaan 870 M di dalam keluarga yang berada dan dipenuhi dengan kesenangan. Tetapi kehidupan beliau tidak dipengaruhi dengan kemewahan, bahkan beliau lebih suka memikir perkara metafizik walaupun berada dalam bidang fiqh yang membolehkan beliau menjawat jawatan qadhi tetapi bidang itu tudak memberi kepuasan kepada dirinya. Beliau akhirnya mengembara menuju Baghdad dan mempelajari ilmu mantik daripada Abi Basyar Ibn Bata dan kemudiannya daripada Yuhana b Hailan di Haran. Beliau tekun mempelajari falsafah walaupun usianya sudah mencecah 40 tahun. Beliau mahir menguasai banyak bahasa di antaranya, bahasa Arab, Turki dan Parsi serta menguasai muzik secara teori dan praktikal.

Beliau telah meninggalkan jawatan qadhi yang disandang di negerinya dan gemar keluar waktu malam bagi mencari tempat-tempat berpokok dan berair bagi membaca dan mendengar muzik. Beliau cuba menyatukan pendapat Aristo dan Plato serta Aristo dan Galinous dan antara semua mereka dengan ajaran islam. Tindakan beliau bagaimanapun telah dikritik oleh Hibbatullah Ibn Albarakah Al Baghdadi dengan bantuan pemikiran Al Ghazali kerana sealiran dengan Aflutin.Al Baghdadi menyifatkan falsafah beliau sebagai bertabiat Aflutin tetapi bersifat Aristo.Hal ini disebabkan Al-Farabi bergantung kepada karya-karya yang telah diselewengkan . Antara sumbangan Al-Farabi Karya al-Farabi kebanyakannya telah hilang dan yang sampai kepada kita hari ini hanyalah beberapa potongan ayat dan ada antaranya bertentangan antara satu sama lain dan memerlukan kepada penyusunan yang baru.

Karya beliau telah sampai pada angka 117 termasuk buku dan risalah. Ianya mencukupi mantiq, pendidikan, nature, ilmu ketuhanan, akhlak, politik, falsafah, matematik, kejuruteraan, perbahasan dan astronomi. Buku yang paling bermutu ialah ensiklopedia yang bernama ‘ihksou al Ulum yang dianggap karya terpenting berbahasa Arab dalam penyusunan ilmu. Filsafatnya menjadi acuan pemikiran ilmiah bagi dunia Barat dan juga Timur. Beliau juga ahli muzik terbesar dalam sejarah Islam dan komponis beberapa irama musik yang masih dapat didengarkan dalam perbendaharaan lagu sufi musik India. Al-Farabi telah mengarang ilmu musik dalam lima bahagian. Buku-buku ini masih berupa naskah dalam bahasa Arab, tetapi sebahagiannya sudah diterbitkan dalam bahasa Perancis oleh D’Erlenger.Teorinya tentang harmoni belum dipelajari secara mendalam. Pengetahuan estetika al-Farabi bergandingan dengan kemampuan logikanya.

Beliau meniggal pada tahun 950 M pada usia 80 tahun. Beliau meninggalkan sejumlah besar tulisan penting. Karya al-Farabi dapat dibagi menjadi dua, satu antaranya mengenai logika dan mengenai subjek lain. Tentang logika al-Farabi mengatakan bahawa filsafat dalam erti penggunaan akal fikiran secara umum dan luas adalah lebih dahulu daripada keberadaan agama, baik ditinjau dari sudut waktu mahupun dari sudut logik. Karya al-Farabi tentang logika menyangkut bahagian-bahagian berbeza dari karya Aristotles Organon, baik dalam bentuk komentar mahupun ulasan panjang. Kebanyakan tulisan ini masih berupa naskah dan sebahagian besar naskah-naskah ini belum ditemukan. Manakala karya dalam kelompok kedua menyangkut pelbagai cabang pengetahuan filsafat, fizik, matematik dan politik.




x)                ABU RAIHAN AL-BIRUNI (362-442H/973-1015M)

Tokoh kesepuluh merupakan Abu Raihan al-Biruni, merupakan seorang putera Islam yang terkenal dalam beberapa bidang sains. Dilahirkan pada bulan September tahun 973 M di perkampungan Kharizm, Turkmenistan, di mana tempat itu kemudiannya dikenali dengan nama “Al-Biruni” yang bermaksud ‘asing’. Dunia sains mengenalinya sebagai salah seorang yang terbaik dalam bidang falsafah, astronomi, kedoktoran dan fizik. Al-Biruni adalah pengasas Indologi, antropologi dan geodesi. Beliau juga adalah ahli sejarah dan pakar bahasa. Abu Raihan al-Biruni. Namanya tidak lagi asing di pentas ilmu sains pada abad pertengahan. Dunia sains mengenalinya sebagai salah seorang putera Islam yang terbaik dalam bidang falsafah, astronomi, kedoktoran dan fizik. Wawasan dan pengetahuannya yang sedemikian luas, telah meletakkan dirinya sebagai seorang pakar dan ilmuwan Islam yang tersohor pada awal abad pertengahan. Nama penuh beliau adalah Abu Raihan Muhammad Ibn Ahmad al-Biruni. Pada masa itu, Kawasan kelahirannya ini sememangnya dikhaskan untuk penempatan orang-orang asing.

Beliau dibesarkan dalam keluaraga yang taat beragama. Al-Biruni mengahabiskan usia mudanya dalam persekitaran masyarakat yang mencintai ilmu pengetahuan. Walaupun tidak banyak catatan sejarah yang mengisahkan latar belakang pendidikannya, namun beberapa sumber telah menyebutkan bahawa ilmuan ulung ini memperolah pendidikan daripada beberapa orang ulama ternama pada zamannya. Antaranya adalah Syeikh Abdus Shamad. Dalam bidang kedoktoran, Al-Biruni belajar daripada Syeikh Abul Wafa’ Al-Buzayani. Daripada seorang Putera Raja Parsi, Syeikh Abu Nasr Mansur bin Ali bin Iraqi beliau belajar dalam bidang matematik dan astronomi. Keluarga Abu Nasr begitu mengambil berat tentang Al-Biruni. Al-Biruni merupakan sarjana agung pada akhir abad ke-4H/10 M.

Sepanjang hayatnya ditumpukan kepada bidang penyelidikan dan penulisan. Beliau dapat menguasai dua buah tamadun besar pada ketika itu iaitu tamadun Arab dan Yunani. Beliau mempunyai hubungan erat dengan para intelek Islam dan Kristian. Salah seorang daripadanya ialah Abu Sahl Masihi (ahli fizik Kristian). Beliau juga berhubung rapat dengan para saudagar Kristian Syria untuk mempelajari nama-nama orang Yunani serta sebutan dan ejaan istilah perubatan yang betul.

Beliau juga menjelaskan permasalahan trigonometri yang mendalam dalam karyanya, Tahqiq Al-Hind. Kecerdikan Al-biruni merangsang dirinya untuk mendalami ilmu astronomi. Misalnya beliau turut menjelaskan tentang kemungkinan pergerakan bumi mengitari matahari. Malangnya, buku beliau yang mengupas tentang perkara ini hilang. Namun beliau berpendapat, sebagaimana pernah ia sampaikan dalam suratnya kepada Ibnu Sina, bahawa pergerakan eliptis adalah lebih memungkinkan daripada gerak melingkar yang dilakukan planet. Al-Biruni sangat konsisten dalam mempertahanlan pendapat tersebut, dan ternyata pada kemudian harinya pendapat ini terbukti kebenarannya sebagaimana yang telah dibuktikan oleh ilmu astronomi moden.

Sebagai seorang yang gemar membaca pelbagai bidang ilmu, kepakaran Al-Biruni tidak hanya dalam bidang ilmu sains. Beliau juga mahir dalam ilmu falsafah. Kerana itu, beliau dikenali sebagai salah seorang ahli falsafah Islam yang amat berpengaruh. Pemikiran falsafah Al-Biruni banyak dipengaruhi oleh pemikiran falsafah Al-Farabi, Al-Kindi dan Al-Mas’udi (meninggal pada tahun 956 M). Hidup sezaman dengan ahli falsafah dan pakar ilmu perubata, Ibnu Sina, Al-Biruni banyak berdialog dengan Ibnu Sina, sama ada secara langsung mahupun melalui surat dengan aliran pemikiran peripatetic yang dianuti Ibnu Sina dalam pelbagai aspek. Al-Biruni memperlihatkan kecenderungan bahawa beliau tidak menerima bulat-bulat falsafah Aristotle dan berfikir secara kritikal terhadap beberapa hal dalam teori fizik paripatetik, seperti berkaitan dengan masalah gerakan dan tempat. Ini kerana semua yang yang dilakukannya itu selalunya berlandaskan pada prinsip-prinsip Islam, serta meletakkan sains sebagai alat untuk mengingkap rahsia alam. Hasil kajian dan penelitiannya akhirnya adalah untuk mengakui akan wujudnya Allah, sebagai Maha Pencipta. Menurut Al-Biruni jika seorang ilmuwan ingin membezakan kebenaran dan kepalsuan, dia perlu menyelidik dan mempelajari tentang alam. Dalam bukunya Al-Jamahir, Al-Biruni juga menegaskan, “Penglihatan adalah penghubung apa yang kita lihat dengan tanda-tanda kebijaksanaan Allah dalam ciptaan-Nya. Daripada penciptaan alam tersebut, kita akan menemukan kewujudan Yang Maha Pencipta.” Pandangan Al-Biruni ini tentu berbeza sekali dengan pandangan saintis Barat pada zaman moden ini yang mengenepikan sains daripada agama Al-Biruni juga mendapati senja (pagi dan petang) terjadi apabila Matahari beradap 18 di bawah ufuk. Penyelidik moden mengesahkan penemuan al-biruni ini. Beliau menulis buku al-Lam’at mengenai perkara ini.







TOKOH-TOKOH KEJURUTERAAN ISLAM YANG LAIN

Terdapat tokoh-tokoh kejeruteraan dalam islam yang lain iaitu Al-Jazari dan Taqi ad Din Berjaya membuat modifikasi kepada shaduf dan menerangkan kaedahpenggunaannya dalam kitab-kitab karangan mereka.
Shaduf ini adalah alat mengangkut air untuk kegunaan bagi tujuanpengairan, perumahan, industri dan lain-lain.Mesin yang telah dicipta telah digunakan di Sungai Yazid di Damascusdi mana mesin ini berfungsi menerusi roda yang separuh terbenamdalam sungai dan akan berputar disebabkan oleh aliran sungaitersebut.Taqi Ad Din menerangkan dalam kitabnya mengenai alat mengepam air menggunakan roda berskop .
Tokoh lain yang kedua ialah Banu Musa Mencipta mesin yang menggunakan bantuan air dan angin. Digunakan untuk memesin jagung, menghancurkan gula dan mengepam air. Berjaya mencipta bejana automatik yang boleh mengisi bejananya(bekas air) sendiri.



SUMBANGGAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN KEPADA INSTITUSI INTELEKTUAL ISLAM

i)                  UNIVERSITI DAN INSTITUSI PENDIDIKAN

Wujudnya universiti-universiti di wilayah timur antaranya Universiti al-Azhar, universiti di Andalus, contohnya universiti Granada, universiti Cordova dan universiti Seville.



ii)                PERPUSTAKAAN

Wujudnya Baitul Hikmah yg didirikan oleh Khalifah Harun al-Rasyid di Baghdad. Hasil sumbangan beliau, lahirlah golongan penterjemah yg mahir, agen penukaran budaya dan pemindahan teknologi, menerbitkan bahan ilinu yg berkualiti dan berjaya menghidupkan budaya ilmu.



iii)             HOSPITAL

Hospital berperanan sebagai pusat pengajian dan penyelidikan perubatan rawatan serta pusat latihan kejuruteraan dan kedoktoran. Institusi ini berjaya mempelbagaikan kaedah rawatan terutamanya dalam aspek spiritual, pencegahan, aromaterapi dan mengeluarkan penyakit. Institusi ini turut memperkenalkan kaedah pembedahan untuk penyakit-penyakit tertentu. Antara fungsinya adalah dapat menginstitusikan pusat rawatan seperti hospital, hospital bergerak dan pusat kecemasan.

iv)              BALAI CERAP

Ianya berperanan sebagai pusat penyelidikan, pusat latihan pembelajaran astronomi dan pusat pengumpulan data. Pusat ini berjaya menggabungkan pelbagai disiplin ilmu dan pengkajian astronomi seperti matematik, trigonometri dan algebra. Ianya juga berfungsi menghubungkan menghubungkan manusia dengan Penciptanya, membuat pembetulan data-data yg kurang tepat dalam tamadun silam, mewujudkan kecenderungan mengkaji alam secara rasional dan emprikal serta menekankan kaedah penggunaan instrumen dan cerapan untuk mengisahhkan teori.


v)                KEJURUTERAAN AWAM

Teknologi bangunan mempunyai kaitan rapat dengan bidang seni bina. Ia berjaya menonjolkan teknologi seni bina islam yg mengagumkan seperti Masjid al-Aqsa di Jususalem dan juga Masjid Ummayad di Damascus yg dibina pada kurun ke-7M.




vi)              TEKNOLOGI KEJURUTERAAN JALAN RAYA DAN JAMBATAN

Dalam bidang ini, pembinaan jambatan Shahristan di Isfahan, Iran amat dikagumi pada kurun ke-12M. Keistimewaannya ialah jambatan ini mempunyai pinyu gerbang yg sangat banyak dan bersegmen.

vii)           KEJURUTERAAN HIDROLOGI
Pada zaman pemerintahan Umar Abdul Aziz, beliau telah mengarahkan pembinaan terusan yg panjangnya 10km untuk mengalirkan air Sungai Furat ke Bashrah sebagai punca air kerana berlakunya kemarau yg panjang. Di parsi pula, teknologi air bawah tanah telah dibina di sekeliling bandar pertanian dan perumahan.



RUMUSAN

Islam merupakan sistem hidup yang berperanan mengurus alam dan segala keperluan makhluk berdasarkan panduan syariat melalui amalan terbaik daripada Nabi Muhammad SAW.Asas bagi segalanya kemajuan berdasarkan sains teknologi dan kejuteraan adalah membawa kepada kebaikan,menolak kejahatan serta kepayahan dan nilai tambah kepada kualiti hidupan manusia.segalanya menjurus kepada mengabdikan diri kepada Allah SWT.kejayaan para sarjana islam pada masa lampau dalam pelbagai bidang adalah kerana islam menganjurkan umatnya meneroka alam untuk memakmurkan tadbir urus kehidupan manusia bagi membina kebahagian di dunia dan akhirat.

Akhir sekali, semoga dengan adanya sains teknologi dan kejuteraan dalam islam dapat memimpin generasi ke arah yang lebih baik.